Pasukan Melaka United semakin hampir untuk menyelesaikan perpindahan dua pemain import baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana dua pemain yang dimaksudkan ialah pemain tengah Filipina, Manuel Ott dan penyerang dari Croatia, Ivan Lendric.

Ott merupakan juara Philippines Football League (PFL) dimana beliau membantu United City FC memenangi saingan tersebut pada musim 2020.

Lendric pula merupakan seorang penyerang berusia 29 tahun dan telah beraksi di beberapa liga di Eropah seperti Croatia, Belgium, Greece, Slovenia dan Perancis dengan jumlah kelab yang pernah diwakili sebanyak 15 kelab.

Selain itu, Lendric juga pernah beraksi bersama pasukan muda skuad kebangsaan Croatia seperti B-17, B-19, B-20 dan B-21 tahun.

Melaka sebelum ini memberikan kontrak lanjutan kepada dua pemain import iaitu Sony Norde dan pemain pertahanan skuad kebangsaan Korea Selatan, Jang Suk-won.

Bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2021, Melaka United kekal dibimbing oleh bekas pemain skuad kebangsaan, Zainal Abidin Hassan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pemain Tengah Namibia, Petrus Shitembi Sah Sertai Terengganu FC

Kuala Lumpur Lanjutkan Kontrak Paulo Josue, Dapatkan Khidmat Romel Morales

Wan Kuzain Tidak Akan Beraksi Di Liga Malaysia Musim Hadapan