Pasukan Melaka United dilaporkan bakal dikendalikan oleh jurulatih baharu bagi menggantikan pengendali sedia ada, Zinal Abidin Hassan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, jurulatih baharu yang dimaksudkan berasal dari Korea Selatan, namun identiti jurulatih tersebut masih belum diketahui.

Selain jurulatih dari Korea, Melaka mempunyai back up plan apabila meletakkan bekas pengendali pasukan, E.Elavarasan dan jurulatih Petaling Jaya City FC, K.Devan sebagai pilihan kedua seandainya mereka tidak berjaya mendapatkan jurulatih dari Korea itu.

Di bawah kendalian Zinal Abidin, Melaka United menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-9, mengutip 11 mata hasil dari empat kemenangan, dua seri dan lima kekalahan yang diraih.

Melaka gagal melepasi peringkat 16 pasukan terakhir dalam saingan Piala Malaysia apabila tewas kepada Selangor dengan keputusan 2-1.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

4 Pasukan Liga Super Buru Khidmat Pemain Naturalisasi Indonesia, Marc Klok

Penang FC Dan Sabah FC Perkenalkan Logo Baharu Masing-Masing

Pulau Pinang Lengkapkan Slot Penjaga Gol, Dapatkan Khidmat Bryan See

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group