Mengikut penerangan dari pihak AFC, sebanyak 39 buah kelan akan bertanding dalam kejohanan AFC Cup 2021 kali ini dimana terbahagi kepada 5 zon seperti dalam gambar dibawah.

zon afc cup

Pembahagian slot untuk kejohanan AFC Cup bagi ASEAN adalah seperti berikut dimana 7 MA menerima sekurang-kurang 1 slot automatik ke peringkat kumpulan.

Slot

6 buah pasukan akan bertanding dalam peringkat kelayakan playoff bagi menentukan 2 pasukan terbaik yang akan layak ke peringkat kumpulan bersama pasukan-pasukan lain yang telah layak secara automatik.

Senarai kelab-kelab tersebut ialah;

ASEAN PO

flow asean po

Mekanisme Undian Peringkat Kumpulan AFC Cup 2021

Berdasarkan maklumat dari pihak AFC, setiap zon telah ditentukan kumpulan mereka mengikut warna dalam gambar dibawah.

Bagi ASEAN, pasukan-pasukan akan diundi dan diletakkan dalam kumpulan G,H dan I. Pasukan dari MA yang sama tidak akan diundi dalam kumpulan yang sama mengikut peraturan country protection.

draw principle

Berikut adalah senarai kelab yang menyertai kejohanan AFC Cup 2021 dari zon ASEAN sebagai rujukan semua.

ASEAN club list

Berikut adalah kedudukan balang mengikut kedudukan MA Ranking. Kedudukan pasukan dari setiap MA pula disusun mengikut kedudukan ranking kelayakan diperingkat domestik setiap MA yang terlibat.

Pasukan dari balang 1 akan mengisi kedudukan 1 setiap kumpulan dan seterusnya bagi kedudukan 2,3 dan 4 mengikut balang masing-masing.

Kedudukan setiap pasukan pula adalah mengikut posisi kelayakan secara domestik setiap MA masing-masing.

ASEAN Pot Slot

Seterusnya, jika pasukan dari ASEAN layak ke pusingan seterusnya, berikut adalah gambaran untuk melihat bagaimana situasi yang akan dihadapi oleh pasukan sekiranya melepasi peringkat kumpulan.

Zonal Semi

Untuk anda yang mahu menonton video penerangan mengenai undian kejohanan AFC Cup 2021, sila klik pautan ini yang disediakan oleh pihak AFC.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

AFC Cup Dijangka Akan Berlangsung Secara ‘Sports Bubble’ Mengikut Kumpulan, Bidaan Dibuka Rabu Ini

AKRacing Dan FC Tokyo Jual ‘Bangku Simpanan Pemain’ Pada Harga RM2,355 Seunit Kepada Penyokong

Kelab Divisyen 3 Jepun Ini Miliki 554 ‘Official Partners’, Majoriti Adalah Syarikat Komuniti Setempat