Hari ini akan berlangsungnya majlis undian kejohanan AFC U19 Championship yang akan diadakan secara tertutup dari ibu pejabat AFC di Bukit Jalil yang bakal menentukan perjalanan skuad muda negara untuk mencari slot ke saingan Piala Dunia U20 2021 di Indonesia.

Berdasarkan maklumat rasmi dari pihak AFC berikut adalah mekanisme majlis undian kejohanan AFC U19 Championship 2020.

Secara keseluruhan, ada 16 pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ini dan akan diundi dalam 4 kumpulan dimana setiap kumpulan akan mempunyai 4 buah pasukan – A,B,C dan D.

Screenshot 2020-06-18 at 1.59.00 AM

Tuan rumah kejohanan Uzbekistan layak secara automatik dan 15 buah pasukan lagi yang berada dalam pusingan akhir kali ini adalah seperti berikut.

  • 11 pasukan dibawah ini layak selaku juara kumpulan masing-masing.

Screenshot 2020-06-18 at 2.01.22 AM

  • Manakala 4 lagi pasukan ini layak ke pusingan akhir selaku 4 pasukan naib juara terbaik dari pusingan kelayakan.

Screenshot 2020-06-18 at 2.03.58 AM

Bagaimana kedudukan ranking 16 negara ini ditentukan?

Semua 16 negara yang bersaing dalam pusingan akhir AFC U19 Championship 2020 ini telah disusun mengikut ranking kedudukan seperti dibawah.

Uzbekistan berada di ranking pertama selaku tuan rumah kejohanan. Manakala kedudukan ranking bagi 15 pasukan lain pula ditentukan mengikut keputusan dalam kejohanan AFC U19 Championship 2018 yang lalu seperti dibawah.

Screenshot 2020-06-18 at 2.04.41 AM

Mode of Competition

Setiap pasukan akan beraksi sebanyak 3 perlawanan dalam peringkat kumpulan dan 2 pasukan terbaik setiap kumpulan (juara dan naib juara) akan layak ke peringkat kalah mati.

Screenshot 2020-06-18 at 2.11.47 AM

Dibawah ini adalah gambaran secara ringkas bagaimana kejohanan AFC U19 Championship ini akan berlangsung mengikut peringkat demi peringkat sehinggan perlawanan akhir.

Screenshot 2020-06-18 at 2.12.07 AM

Bagaimana Mahu Layak Ke FIFA World Cup U20 2021 Di Indonesia?

Secara asasnya ada 4 slot diberikan untuk layak ke FIFA World Cup U20 2021 di Indonesia.

4 pasukan terbaik dalam kejohanan AFC U19 Championship atau lebih mudahnya pasukan yang melayakkan diri ke peringkat separuh akhir akan menerima slot FIFA World Cup U20 2021.

Screenshot 2020-06-18 at 2.13.45 AM

Namun, dalam kes sekiranya pasukan Indonesia berjaya layak ke peringkat separuh akhir juga (walaupun mereka telah layak secara automatik selaku tuan rumah), pusingan Play-Off akan dijalankan bagi mencari 1 lagi pasukan bagi mengisi slot ke FIFA World Cup U20 2021.

Pusingan Play-Off itu nanti akan melibatkan 4 buah pasukan yang kalah diperingkat suku akhir dan 3 perlawanan Play-Off akan diadakan seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.

Screenshot 2020-06-18 at 2.22.26 AM

Undian Peringkat Kumpulan

Kedudukan Pot akan menentukan posisi pasukan dalam peringkat kumpulan dimana pasukan yang berada dalam Pot 4 akan mengikut posisi A4,B4,C4 dan D4.

Begitu juga untuk Pot 1,2 dan 3. Malaysia yang berada dalam Pot 3 sah akan berada diposisi 3 dan hanya menunggu untuk mengetahui dalam kumpulan mana sahaja – A3, B3, C3 atau D3.

Screenshot 2020-06-18 at 2.26.21 AM

Nota: Uzbekistan selaku tuan rumah akan mengisi posisi A1 secara automatik.

Screenshot 2020-06-18 at 2.33.48 AM

Sama-sama kita nantikan Malaysia akan diundi untuk berada dalam kumpulan mana bagi memulakan kempen layak ke FIFA World Cup U20 2021 di Indonesia.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Stadium Ras Abu Aboud Ini Dibina Menggunakan Konsep Kontena, Mirip Gaya ‘Food Court’ Hipster Di Malaysia

‘Goyang’ Untuk Berdepan Malaysia, Vietnam Kalut ‘Speed Up’ Proses Dokumentasi Pemain Kacukan

Ini Strategi Bagaimana Jersi Buriram United Laku Keras, Sasar Jualan 30,000 Helai Jersi Bernilai RM2.85 Juta!