Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Disebalik kemenangan Perak dan Selangor dalam perlawanan pertama CIMB Liga Super kelmarin, keadaan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dan Stadium Darul Makmur mendapat perhatian daripada pengendali pasukan masing-masing.

Ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic memuji permukaan padang SSMZA yang disifatkan sebagai antara padang terbaik dalam Liga Malaysia setakat ini selepas pasukannya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Perak.

Malah, Durakovic mahu semua stadium di Malaysia mempunyai kualiti padang yang sama seperti SSMZA kerana ia dapat membantu setiap pasukan mempamerkan corak permainan yang berkualiti.

“Memang bagus dapat bermain di atas padang seperti ini, saya harap lebih banyak pasukan dapat menyediakan padang jenis ini. Saya sangat suka kerana ia memberikan kelebihan kepada kedua-dua pasukan untuk bermain bola sepak dengan lebih bagus,” katanya.

88346921_1244028092463189_6478031556886659072_o

FOTO: Perak TBG

Stadium yang terletak Gong Badak itu menggunakan rumput jenis Bermuda selepas rumput jenis Paspalum agak cerewet untuk diuruskan kerana memerlukan siraman air masin.

Kos menaik taraf padang berkenaan adalah daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hasil hubungan baik antara pihak PBSNT dan Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pada ketika itu dan difahamkan kos untuk menaik taraf padang itu bernilai RM1 juta.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan memberikan reaksi berbeza terhadap permukaan padang Stadium Darul Makmur yang sebelum ini diiktiraf sebagai antara padang yang tercantik di Malaysia.

88025943_2906934086033933_7835819252006256640_o

FOTO: Pahang FA

Satiananthan melihat keadaan padang di stadium tersebut agak berlubang sehingga menyukarkan pemainnya membuat hantaran dengan tepat.

“Selalunya padang di sini amat cantik…tetapi saya lihat ia seperti berlubang di sana sini, mungkin inilah mengapa kita tidak dapat menghantar bola dengan baik.

“Namun, saya bersyukur kami meraih tiga mata di tempat lawan walaupun kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan,” katanya.

Selangor bangkit menewaskan Pahang 2-1 hasil jaringan daripada Ifedayo Omosuyi dan Brendan Gan selepas ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama.

Baca artikel lain mengenai permukaan padang di stadium sekitar Malaysia yang pernah dipaparkan sebelum ini.

Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Akan Diganti Dengan Rumput “Zeon Zoysia”

Keadaan Padang Yang Tidak Bagus Punca Skuad Korea Selatan U23 Batalkan Perlawanan Persahabatan Di Stadium Shah Alam

Rumput Baru Jenis ‘Bermuda’ Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Di Gong Badak Kelihatan Cukup Mantap

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group