Sebuah media sukan terkenal Vietnam, Bongdaplus hari ini mengeluarkan satu artikel yang membayangkan pertemuan dengan pasukan Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 mungkin akan dibarisi oleh ramai pemain kacukan dan naturalisasi.

Artikel tersebut menyatakan bahawa skuad Tan Cheng Hoe itu mempunyai kebarangkalian menurunkan 8 orang pemain kacukan dan naturalisasi berdasarkan andaian dari pemerhatian mereka.

Dengan baki perlawanan kini telah ditunda ke satu tarikh lain, ini merupakan satu petunjuk positif untuk Malaysia, untuk menggunakan kelebihan pemain-pemain ini dalam kem skuad kebangsaaan.

brendan-gan-malaysia-v-thailand-2022-world-cup-qualifier-14-nov-2019_1jfjbj057kydv1j2xh8d7fmtlt

Ketika ini, Tan Cheng Hoe mempunyai Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi untuk kategori pemain naturalisasi serta Matthew Davies, Corbin Ong dan Brendan Gan untuk pemain kacukan, menjadikan 5 orang secara keseluruhannya yang dilihat sebagai ancaman bagi bagi Vietnam.

Ramai pemerhati di Vietnam mula mengandaikan Malaysia bakal memiliki 3 lagi pemain naturalisasi/kacukan iaitu Lee Andrew Tuck, Guilherme De Paula dan juga Dion Cools untuk menganggotai skuad kebangsaan dan perkara ini mula menggusarkan mereka.

Sekiranya menjadi kenyataan, Bongda Plus juga bimbang untuk melihat Malaysia meletakkan semua 8 orang pemain ini dalam kesebelasan utama ketika mereka hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

Jelas, banyak media sukan di Vietnam mula memberikan perhatian kepada skuad Tan Cheng Hoe yang dilabel sebagai penghalang utama mereka dalam beberapa kejohanan dan mampu melakukan upset jika dibiarkan.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala, Peningkatan Dalam Setiap Pertemuan ‘Kacau’ Vietnam

Thai League 3 & 4 Dimansuhkan Mulai Musim 2021, Guna Liga 6 Zon Untuk Naik Ke Thai League 2

Adisak Kraisorn Jual Durian Kualiti Premium Secara Online, Jenama ‘Durian by AK9’ Dijual Pada Harga RM120 Sebekas

Sumber