Nguyen Quang Hai merupakan salah satu pemain bintang yang dimiliki oleh pasukan kebangsaan Vietnam ketika ini.

Lazimnya, pemain terbaik digesa untuk beraksi di luar negara bagi meningkatkan lagi kualiti serta kebolehan yang dimiliki.

Akan tetapi, media tempatan Vietnam berpendapat sukar untuk pemain berusia 23 tahun itu beraksi di luar negara. Berikut adalah 4 sebab mengapa sukar untuk Quang Hai beraksi di luar menurut salah satu media Vietnam.

Nguyen Quang Hai
Nguyen Quang Hai

1. Keyakinan
Kebanyakan pemain Vietnam sudah selesa dengan saingan V-League dan enggan untuk beraksi di luar negara.

Antara faktor mengapa mereka berbuat demikian ialah takut dengan kegagalan apatah lagi pemain yang sebelumnya beraksi di Eropah seperti Nguyen Cong Phuong dan Doan Van Hau bergelut untuk mendapatkan tempat.

2. Fizikal

Nguyen Quang Hai
Nguyen Quang Hai ketika beraksi untuk Hanoi FC.

Quang Hai hanya mempunyai ketinggian 1.68 meter dan mempunyai berat 65 kilogram. Bagi saingan di rantau Asia Tenggara, statistik ini bukanlah satu masalah besar.

Akan tetapi, dengan ketinggian dan berat yang dimiliki oleh Quang Hai, sukar untuk beliau beraksi di liga seperti J. League ataupun liga di rantau Eropah.

3. Penguasaan Bahasa Asing Yang Lemah

Kebanyakan pemain Vietnam tidak fasih berbahasa Inggeris. Salah satu faktor mengapa Van Hau bergelut untuk mendapatkan tempat dalam pasukan utama Heerenveen ialah beliau tidak fasih untuk berbahasa Inggeris.

Sedikit-sebanyak perkara ini akan memberi kesukaran sekiranya pemain Vietnam beraksi di luar negara.

4. Tiada Perwakilan Profesional

Nguyen Quang Hai
Nguyen Quang Hai

Sebab yang satu ini mungkin sama dengan keadaan semasa di Liga Malaysia dimana pemain Vietnam tidak mempunyai perwakilan ataupun ejen bagi berurusan dengan pasukan dari luar.

Rata-rata pemain Vietnam menggunakan kenalan untuk mewakili mereka dan perkara ini perlu berubah sekiranya Quang Hai mahu beraksi di luar negara.

Baca artikel lain mengenai pasukan serta pemain Vietnam di sini:

Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?

Muangthong United Sedia Jual Penjaga Gol Vietnam, Dang Van Lam

Peminat Heerenveen Tidak Mahu Doan Van Hau Kekal Bersama Pasukan