Media luar negara terus membahas mengenai pemain negara dimana baru-baru ini salah sebuah media Vietnam menganggap Malaysia mempunyai lebih ramai pemain muda berkualiti berbanding juara Piala AFF Suzuki 2018 itu.

Antara pemain muda Malaysia yang disebut oleh media terbabit ialah Luqman Hakim, penyerang skuad B-19 tahun negara yang baru sahaja disenaraikan dalam 50 pemain muda terbaik dunia ketika ini.

Media
Sumber Gambar: Foxsport

Selain Luqman, pasukan negara turut mempunyai pemain muda berbakat lain seperti Umah Hakeem (JDT), Harith Haiqal, Mukhairi Ajmal, Azrin Afiq dan Sikh Izhan Nazrel yang beraksi bersama Selangor musim ini.

Media tersebut tidak hanya menyebut Malaysia malah mereka turut menyifatkan Thailand juga mempunyai ramai pemain muda berbakat berbanding Vietnam.

Media
Supachai Jaided. Sumber Gambar: Foxsport Asia

Seperti yang sedia maklum, Thailand dibarisi oleh pemain muda berkualiti seperti Supachok Sarachat, Supachai Jaided dan Ekanit Panya.

Ketiga-tiga pemain ini beraksi dalam saingan peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

‘Ekor’ Harimau Malaya Terlalu Bising Di Stadium, Hampir Mustahil Untuk Dengar Arahan Dalam Padang

Jangan Ambil Mudah Cabaran Daripada UAE

Tan Cheng Hoe: Ketiadaan Jurulatih Tidak Jejaskan UAE