Media Vietnam menganggap Malaysia adalah lawan yang mudah apabila kedua-dua negara diundi dalam kumpulan yang sama pada saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Media Vietnam iaitu Bongda Plus, mewawancara salah seorang pakar bola sepak negara itu iaitu Quang Huy dan Quang berpendapat lebih baik pasukan negaranya berhadapan dengan Malaysia berbanding Indonesia atas beberapa sebab tertentu.

“Saya fikir ini adalah kumpulan yang menarik. Vietnam adalah calon yang bagus. Jujur saja, bertemu Malaysia lebih mengujakan bagi saya daripada bertemu Indonesia.

“Menurut saya, ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo dan ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong banyak bertemu kebelakangan ini.

Piala AFF Mitsubishi Electric 2022: Mano Pölking Anggap Vietnam Pesaing Terkuat

“Oleh itu, saya lebih bersemangat apabila Vietnam bertemu Malaysia. Selain itu, gayanyang diterapkan oleh Vietnam nampak lebih mudah. Taktik dari Hang-seo banyak melibatkan gerakan yang tidak dijangka. Sebab itu kita mudah untuk memperdaya Malaysia.

“Sementara Indonesia, mereka lebih keras kepala dalam beraksi dan Tae-yong sudah memahami taktikal yang digunakan oleh Hang-seo,” katanya.

Sebelum ini, ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Alexandre Polking menganggap Vietnam merupakan pesaing utama dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala AFF Mitsubishi Electric yang dimenangi pada edisi lalu.

Menurut Alexandre, rata-rata pasukan mempunyai kelebihan masing-masing dan beliau menjangkakan skuad bimbingannya akan berdepan cabaran sukar.

Park Hang-seo Mahu Panggil Pemain Berpangkalan Di Eropah Perkuatkan Vietnam

“Indonesia, Malaysia, Singapura dan Filipina adalah pasukan yang bagus tetapi saya melihat Indonesia lebih istimewa berbanding pasukan lain.

“Ini kerana mereka menggunakan barisan pemain sama yang beraksi bersama-sama sejak beberapa tahun di bawah ketua jurulatih yang sama. Ini semua lawan yang sukar. Akan tetapi, secara keseluruhan kita tahu Vietnam adalah pesaing utama. Mereka adalah satu pasukan yang cukup bagus,” kata Polking.

Thailand diundi dalam kumpulan A bersama finalis edisi lalu iaitu Indonesia, Filipina, Kemboja dan pemenang aksi play-off antara Brunei menentang Timor Leste manakala kumpulan B pula diisi oleh Vietnam, Malaysia, Singapura, Myanmar dan Laos.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Elavarasan Mahu Bentuk Skuad Malaysia B-23 Yang Mantap

Aksi Selangor Menentang JDT Bakal Disiarkan Secara Langsung Di TV9