Skuad kebangsaan Thailand dijangka tidak dapat menggunakan khidmat pemain yang beraksi dalam saingan J. League bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

Pemain seperti Chanathip Songktasin, Theerathon Bunmathan, Teerasil Dangda dan Thamsatchanan dilihat sukar untuk mendapat pelepasan dari kelab masing-masing kerana Piala AFF tidak mewajibkan kelab untuk berbuat demikian.

Baru-baru ini, media Thailand menyenaraikan lima pemain yang akan menjadi pengganti kepada Chanathip bagi menjadi enjin utama skuad Gajah Perang itu pada saingan yang akan berlangsung hujung tahun ini.

1. Sanrawat Dechmitr

Pengganti
Sumber Gambar: Getty Images

Sanrawat merupakan sebahagian daripada skuad dalam saingan edisi 2018 lalu. Beliau menampilkan aksi yang baik dan dilihat berjaya menggantikan Chanathip namun gagal membawa Thailand muncul juara dimana mereka tewas kepada Malaysia di peringkat separuh akhir.

2. Supachok Sarachat

Pengganti
Supachok Sarachat memakai jersi bernombor 7.

Supachok merupakan salah satu pemain muda terbaik yang dimiliki Thailand ketika ini. Pemain berusia 22 tahun ini dilihat bakal membarisi kesebelasan utama skuad kendalian Akira Nishino pada saingan Piala AFF edisi tahun ini.

3. Jakkaphan Kaewprom

Pengganti
Sumber Gambar: Facebook Jakkaphan Kaewprom

Jakkaphan merupakan salah satu pemain paling berjaya dalam saingan Thai League dimana beliau telah memenangi gelaran T1 sebanyak 7 kali dan Thai FA Cup sebanyak 4 kali sepanjang beraksi bersama Muangthong United dan Buriram United.

4. Worachit Kanitsribampen

Pengganti
Sumber Gambar: Football Empire

Pemain berusia 22 tahun ini mula mendapat perhatian setelah menampilkan prestasi yang baik bersama skuad B-23 tahun Thailand pada kejohanan Sukan SEA 2019 dan AFC B-23 Tahun.

5. Ratchapol Nawanno

Pengganti
Sumber Gambar: PT Prachuap

Seorang lagi pemain yang berusia di samping Jakkaphan dalam senarai ini. Ratchapol beraksi bersama PT Prachuap dan setakat ini beliau menjadi nadi utama pasukan.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:

Pemain Kacukan Thailand Berusia 18 Tahun Debut Untuk AIK Fotboll, Kelab Tangga Ke-3 Liga Divisyen Utama Sweden.

Supachok Sarachat Dalam Pemerhatian Tiga Kelab Portugal

Chiangrai United Tolak Bidaan Sebanyak RM7.4 Juta Dari Muangthong United Untuk Dapatkan Ekanit Panya