Sebuah laman web sukan Thailand hari ini dilihat cuba memulakan perang psikologi terhadap ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe dan anak buahnya selepas melancarkan satu propaganda menggunakan saluran media sosial rasmi Changsuek.

Dalam artikel yang dikeluarkan pagi tadi, StadiumTH menyatakan bahawa media Malaysia dan Indonesia melaporkan Tan Cheng Hoe ‘kecewa’ apabila persediaan skuad Harimau Malaya untuk layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 selaku 12 pasukan terbaik Asia tersekat.

Dengan ketiadaan perlawanan antarabangsa yang ditunda (berkemungkinan sehingga hujung tahun ini), tiada perlawanan liga domestik dengan jadual latihan skuad kebangsaan yang masih kabur menyebabkan ketua jurulatih Malaysia menunjukkan tanda-tanda ‘menggelupur’.

Menurut artikel itu lagi, mereka membuat andaian untuk membaca kenapa Tan Cheng Hoe mahu beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia walaupun dunia kini sedang dilanda isu COVID-19. Apa faedah kepada Malaysia dan kenapa skuad itu dilihat sangat dahaga perlawanan itu?

Selepas melakukan analisis, mereka menyatakan alasan dimana Tan Cheng Hoe mungkin berfikir jika tiada ‘gangguan’ COVID-19, skuad Malaysia mungkin mempunyai kelebihan dan bakal menjadi ancaman kepada pasukan lain dalam pusingan seterusnya.

Alasan pertama mereka mengenai perkara ini adalah – selepas Park Hang-seo, Malaysia dilihat sebagai sebuah pasukan yang hampir sempurna berbanding pasukan lain dalam kumpulan G. Ini adalah kerana UAE, Indonesia dan Thailand baru sahaja melantik ketua jurulatih yang baru dan 2 dari mereka memiliki ‘masa bermain’ yang sangat sedikit – Ivan Yovanovic dan Shin Tae-yong.

Tan Cheng Hoe Miliki Kelebihan

Ivan Yovanovic sebagai pengendali baru yang bakal bertemu Malaysia nanti, media Thailand melihat ini mungkin peluang besar Malaysia untuk menakluki dan mengejutkan skuad itu di Dubai.

Mereka membandingkan masa yang telah dilalui oleh kedua-dua jurulatih – Ivan Yovanovic dan Tan Cheng Hoe bersama skuad masing-masing, dimana ketua jurulatih Malaysia memiliki banyak kelebihan selepas sudah cukup lama bersama kem pasukan kebangsaan dan Tan Cheng Hoe memiliki maklumat, analisis dan hubungan yang lebih baik dengan pemain.

“Ketika pemain masih ‘panas’ pastinya mereka mempunyai keyakinan yang tinggi untuk beraksi dan ini adalah salah satu sebab mengapa pasukan Malaysia memiliki 6 mata dari 2 perlawanan dengan Thailand dan Indonesia serta memiliki peluang untuk layak ke pusingan seterusnya.

2 kemenangan dalam perlawanan terkini menjadikan suasana dalam pasukan kini cukup gembira dan penuh bermotivasi selain turut membantu mempertingkatkan momentum selepas tewas kepada UAE dan Vietnam.

Jelas, dalam temubual sebelum ini pemain-pemain utama pasukan Malaysia dilihat yakin dengan peluang yang dimiliki oleh pasukan untuk layak ke pusingan seterusnya, walaupun terpaksa mengakui kecewa kerana perlawanan terpaksa ditunda akibat COVID-19.

Pemain Kacukan Jadikan Malaysia Lebih Kuat

Mereka juga memetik nama 3 pemain utama Malaysia yang berada dalam prestasi terbaik iaitu Brendan Gan, Mohamadou Sumareh dan Corbin Ong yang bakal memberikan kelebihan kepada skuad Harimau Malaya.

Sambil mengakui dengan menggunakan pemain kacukan telah berjaya menjadikan skuad Harimau Malaya lebih kuat dan dengan kehadiran pemain kacukan terbaru seperti Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula (?) dan juga Lee Tuck (?) menjadikan ketua jurulatih Malaysia itu lebih berkeyakinan.

Namun mereka kini menanti untuk melihat apakah dengan perlawanan yang ditunda dalam tempoh yang lama ini akan menjadikan skuad Harimau Malaya ‘lagha’ dan mungkin menjadi kurang ‘bernafsu’ hujung tahun nanti.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Vietnam Mula ‘Goyang’ Untuk Berdepan Malaysia Dalam Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022

Ramalan Arsene Wenger Kini Menjadi Kenyataan, Nguyen Tuan Anh Pemain Paling Berbakat Di Mata ‘Le Professeur’

Carlos Teves: Pemain Bola Sepak Boleh Hidup Setahun Tanpa Gaji, ‘El Apache’ Seru Beri Kerjasama Kepada Kelab.