Media sukan terkenal di Thailand, SiamSport hari ini telah mengeluarkan sebuah artikel dengan tajuk yang mungkin mengundang ‘panas’ sesetengah pihak di Malaysia apabila melabelkan skuad kebangsaan Malaysia sebagai ‘Johor National Team’.

Artikel itu sebenarnya berkenaan khabar angin yang mengaitkan berita perpindahan Mohamadou Sumareh ke pasukan JDT musim hadapan dan media sukan Thailand itu melihat anggota dari kelab selatan tanahair itu sebagai penyumbang terbesar pemain dalam skuad kebangsaan.

Dalam artikel itu, SiamSport menyebut bahawa terdapat sekitar 14 orang pemain berstatus pemain skuad kebangsaan Malaysia seperti Farizal Marlias, Haziq Nadzli, Adam Nor Azlin, Corbin Ong, Matthew Davies, Aidil Zafuan, Shazwan Andik, Safawi Rasid, Syameer Kutty, Afiq Fazail, Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid.

Capture

Mungkin dari perspektif mereka dengan ramainya pemain skuad kebangsaan hadir dari pasukan seperti JDT bakal membahayakan skuad kebangsaan Thailand dimana Malaysia akan bertandang ke Stadium Rajamangala dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 nanti.

Dengan 4 buah pasukan masih berpeluang besar memburu tempat ke peringkat seterusnya, media Thailand sudah mula memerhatikan mengenai kekuatan serta kelemahan pihak lawan lebih awal.

Namun, biar apa pun yang diperkatakan oleh orang luar, misi kita adalah untuk layak secara automatik ke pusingan ke 3 atau pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 selain slot automatik ke peringkat kumpulan Piala Asia 2023!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

ASEANFootball: Perpindahan Mohamadou Sumareh Ke JDT Bakal Jadi Kenyataan Hujung Tahun Ini.

Fakhri Saarani Kini Mula Menceburi ‘Kerjaya’ Sebagai ‘Trader’ Bersama Tuan Jamil Baharom.

“Diogo Mungkin Akan Dapat Kerakyatan Thailand Pada Umur 45 Tahun Jika Proses Itu Berlaku Sekarang”

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group