Sebuah media bola sepak terkenal Thailand mendedahkan bahawa kelab BG Pathum United akan berpisah dengan Norshahrul Idalan Talaha selepas kontrak pemain itu tamat pada bulan Disember nanti.

Norshahrul Idlan Talaha yanh menyertai skuad BG Pathum United pada awal musim 2020, setakat ini telah berjaya tampil dalam 5 perlawanan liga setakat ini dan memiliki sekitar hampir 200 minit permainan.

Artikel dari Goal.com itu juga menyebut bahawa Norshahrul Idlan Talaha masih belum berjaya merekodkan sebarang jaringan bersama BG Pathum United

124644738_10159203860149974_5767666068554854536_o

Apapun keputusan yang dibuat, doakan yang terbaik untuk beliau dan keluarga untuk terus berada dalam industri bola sepak profesional tidak kira dimana sekalipun.

BG Pathum United yang kini merupakan pendahulu saingan Thai League 1 sebelum ini dilaporkan telah berjaya mendapatkan 2 penyerang lain untuk menggantikan tempat tersebut iaitu Diogo Luis Santo dari JDT dan juga Teerasil Dangda dari Shimizu S Pulse.

Kedua-dua pemain ini dikatakan akan mula diturunkan apabila saingan pusingan ke-2 Thai League 1 bermula nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Selepas Julang AFC Cup 2019, Daniel Gimenez Dikatakan Bakal Membimbing Pasukan Liga Super Di Lembah Kelang

Media Vietnam Ini ‘Cincai Kira’ Kutip 6 Mata Lawan Malaysia Dan Indonesia, Lolos Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group