Sebuah media bola sepak tersohor Thailand Buaksib Ball Thai sebentar tadi mendedahkan bahawa penyerang kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Diogo Luis Santo akan menyertai kelab BG Pathum United apabila pusingan kedua Thai League 1 bermula.

Dalam kemaskini tersebut, laman sosial itu menyatakan bahawa persetujuan telah dicapai dan menanti ujian perubatan sebelum menandatangani kontrak bersama kelab di Bangkok itu.

“Diogo Luis Santo telah mencapai persetujuan untuk berpindah ke BG Pathum United pada separuh kedua saingan Thai League 1, dan menanti untuk menjalani ujian perubatan sebelum secara rasmi menandatangani kontrak.”

ดิโอโก หลุยส์ ซานโต บรรลุข้อตกลงย้ายร่วมทัพ บีจี ปทุม ยูไนเต็ด ในเลกสอง รอเพียงบินมาตรวจร่างกาย และเซ็นสัญญาเปิดตัวอย่างเป็นทางการ #ไทยลีก #T1 #ฟุตบอลไทย

Posted by บวกสิบ บอลไทย on Wednesday, October 14, 2020

Berita itu kini sedang hangat diperkatakan oleh ramai peminat bola sepak di Thailand, apatah lagi apabila seorang Diogo yang memang menjadi kegilaan ketika bersama Buriram United sebelum ini.

Sepanjang beraksi dalam saingan Liga Malaysia selama 2 musim, Diogo sudah berjaya memenangi 5 kejuaraan dan mungkin JDT mempunyai perancangan lain untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan terutamanya dibahagian depan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Portal Sukan Thailand Ini Dedahkan 39% Penonton ‘Live Streaming’ BG Pathum United Bertemu Buriram United Adalah Dari Malaysia

Hariss Harun Ditawar Biasiswa University of Coventry, Persediaan Selepas Tamat Karier Pemain Bola Sepak

Ciapan ‘Cari Pasal’ Tan Sri Annuar Musa Cetus Kecaman Dari Netizen, Dilabel Kurang Sensitif Kepada Isu Lebih Penting

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group