Media sukan Thailand telah membuat pendedahan mengenai gaji yang diterima oleh pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh bersama Police Tero FC.

Siamsport melaporkan Sumareh menerima gaji sekitar ฿275 Ribu atau sekitar RM36 Ribu sebulan, yang mana disifatkan antara termurah bagi pemain import dalam saingan Thai League 1.

Gaji
Sumber Gambar: Police Tero FC

Selain itu, Police dianggap bertuah dimana mereka berjaya menandatangani pemain sayap berkualiti seperti Sumareh dan membayar gaji yang tidak terlalu tinggi untuk pemain tersebut.

Sumareh menyertai Police Tero pada Ogos lalu dimana bekas pemain Pahang ini menandatangani kontrak sehingga penghujung musim 2020.

Selain Sumareh, Malaysia mempunyai dua lagi wakil dalam saingan Thai League 1 musim ini dimana Dominic Tan beraksi bersama Police Tero manakala Norshahrul Idlan Talaha beraksi bersama BG Pathum United.

Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh di sini:

Mohamadou Sumareh Tampil Buat Kali Pertama Bersama Police Tero

Mohamadou Sumareh Kagum Dengan Sesi Latihan Police Tero

“Malaysia Adalah ‘Comfort Zone’ Saya, Thai League Adalah Cabaran Baru Dan Saya Perlu Buktikan Kemampuan.” – Sumareh