Media sukan Thailand, Siam Sports menganggap pemain pertahanan Yokohama F Marinos, Theerathon Bunmathan sebagai pemain yang lebih baik berbanding pemain skuad kebangsaan Vietnam, Doan Van Hau.

Theerathon dan Van Hau merupakan dua pemain pertahanan dari rantau Asia Tenggara yang beraksi di pentas besar musim ini. Theerathon bersama Yokohama dalam saingan J.League manakala Van Hau bersama SC Heerenveen dalam saingan Eredevisie.

Theerathon Bunmathan
Sumber Gambar: Guardian

Menurut Siam Sport, Van Hau sememangnya pertahanan paling popular di Asean. Akan tetapi, pencapaian Theerathon yang menjadi pemain dari rantau Asia Tenggara pertama yang memenangi J1 musim lalu sudah cukup untuk menjadikan pemain berusia 30 tahun itu sebagai yang terbaik di rantau ini.

Selain itu, kesukaran Van Hau untuk tampil dalam pasukan utama Heerenveen berbanding Theerathon yang sentiasa menjadi pilihan utama turut dijadikan hujah oleh Siam Sport dalam perkara ini.

Theerathon Bunmathan
Doan Van Hau memenangi pingat emas Sukan SEA 2019

Akan tetapi, Van Hau mempunyai kelebihan berbanding bekas pemain Muangthong United itu dari segi pencapaian di peringkat antarabangsa di mana Van Hau memenangi Piala AFF Suzuki pada 2018 dan pingat emas Sukan SEA 2019 di Filipina.

Skuad kendalian Park Hang-seo menewaskan Indonesia B-23 Tahun pada perlawanan penentuan pingat emas dengan keputusan 3-0.

Baca artikel lain mengenai Theerathon Bunmathan dan Doan Van Hau di sini:

Theerathon Bunmathan: Thailand Berkembang Kerana Dibarisi Pemain Yang Beraksi Di Luar Negara

Alexandre Gama Akui Theerathon Bunmathan Miliki Kualiti Yang Sama Dengan Diogo Luis Santo

Doan Van Hau Bakal Jadi Penerima Gaji Kedua Tertinggi Di SC Heerenveen