BG Pathum United menjadi salah satu pasukan yang dianggap sebagai pencabar utama bagi merebut kejuaraan Thai League 1 bagi musim 2020 apabila dibarisi oleh pemain berpengalaman dan mempunyai kualiti.

Ketika saingan dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19), BG berjaya mendapatkan khidmat dua pemain ternama iaitu Sarach Yooyen dan Andres Tunez bagi memperkuatkan pasukan.

Pathum United

Sumber Gambar: BG Pathum United

Salah satu media tempatan, Siam Sports bahkan menganggap BG Pathum mempunyai barisan serangan terbaik dalam liga disebabkan beberapa faktor.

Musim ini, BG mempunyai seramai enam pemain di bahagian serangan. Dua daripada ialah penyerang import iaitu Barros Tardeli dan penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Tardeli dan Norshahrul merupakan pilihan utama bagi mengisi bahagian serangan. Meskipun kedua-dua pemain belum menampilkan prestasi terbaik, namun kehadiran Sarach ditambah dengan Thitipan Puangchan dilihat mampu untuk membantu keduanya.

Pathum United

Sumber Gambar: BG Pathum United

Seterusnya ada Siroch Chattong yang menjadi back up kepada Tardeli. Siroch merupakan watak utama skuad kebangsaan Thailand ketika mereka memenangi Piala AFF Suzuki pada 2016 lalu.

Selain itu, BG juga baru sahaja menandatangani seorang lagi penyerang iaitu Chenrop Samphaodi dari pasukan yang turut menjadi pilihan untuk muncul juara iaitu Port FC.

BG Pathum United turut mempunyai dua penyerang veteran iaitu Surachat Sareepim dan Chatree Chimtalay yang turut menjadi back up kepada pemain utama.

Baca artikel lain mengenai BG Pathum United di sini:

BG Pathum United Nafi Mahu Dapatkan Khidmat Diogo Luis Santo

Andres Tunez Sah Jadi Rakan Sepasukan Mat Yo, BG Pathum United ‘Kutip’ Pemain Bintang Thai League

BG Pathum United Bayar RM4.1 Juta Dapatkan Khidmat Sarach Yooyen

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group