Sebuah media terkenal di Thailand iaitu Thairath, hari ini telah mendedahkan bahawa bekas ketua jurulatih kebangsaan Thailand iaitu Kiatisuk Senamuang menjadi salah seorang calon ketua jurulatih Malaysia selepas Tan Cheng Hoe meletak jawatan.

Dalam artikel yang diterbitkan kira-kira 2 jam yang lalu, Thairath menyatakan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia untuk mempertimbangkan Kiatisuk Senamuang sebagai calon walaupun beliau ketika ini merupakan ketua jurulatih kelab Hoang Anh Gia Lai (HAGL) dalam sainga V.League.

Kiatisuk Senamuang yang lebih dikenali sebagai Zico, beliau mula membawa pasukan HAGL pada 20 November 2020 dengan kontrak selama 2 tahun dan ini bermakna kontraknya bersama kelab itu masih berbaki sehingga tamat musim 2022.

Nota: HAGL juga merupakan kelab tunggal dari Vietnam yang akan bertanding dalam aksi peringkat kumpulan AFC Champions League 2022.

Beberapa reaksi dari peminat bola sepak Thailand juga agak gembira dengan perkembangan ini kerana mereka nampaknya tidak mahu Kiatisuk Senamuang memiliki ‘hubungan’ dengan bola sepak Vietnam.

Kiatisuk Senamuang mula menjadi ketua jurulatih kebangsaan Thailand selepas berjaya membawa skuad Thailand U23 muncul ke peringkat separuh akhir Sukan Asia 2014 di Korea Selatan sebelum tewas 0-1 ditangan Iraq.

Beliau membimbing skuad kebangsaan Thailand sehingga tahun 2017 dan sepanjang tempoh 3 tahun itu Kiatisuk Senamuang berjaya menjuarai kejohanan AFF Suzuki Cup 2014 dan 2016, selain membawa Thailand ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia.

Walau bagaimanapun, dijangkakan ada 2 calon dari Asia yang menjadi buruan FAM pada ketika ini serta 1 lagi calon lain yang akan dipertimbangkan untuk menerajui skuad kebangsaan Malaysia tidak lama lagi.

Sama-sama kita nantikan pengumuman ketua jurulatih Malaysia tidak lama lagi.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

RASMI: Scott O’Donell Diumumkan Sebagai Pengarah Teknikal FAM Yang Baharu, Isi Kekosongan Selepas Ong Kim Swee

FAM: Tan Cheng Hoe Sah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Malaysia Dengan Persetujuan Bersama

Pengurus Thailand Sewa ‘Private Jet’ Bawa Pulang Semua Pemain Dari Singapura Dengan Lebih Selamat