Kelibat bekas rakan sepasukan Edinson Cavani dalam skuad kebangsaan Uruguay iaitu Diego Rolan mungkin dapat disaksikan dalam saingan Liga Malaysia musim depan apabila juara Liga Super 7 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

Menurut laporan daripada ElDesmarque, Rolan yang kini beraksi dalam saingan La Liga 2 bersama kelab Deportivo de La Coruna dijangka akan menyertai JDT pada bulan januari tahun depan jika segala proses perpindahan berjalan dengan lancar.

Pemain yang berusia 27 tahun itu beraksi secara pinjaman dengan kelab Juarez FC dan telah bermain dalam 18 perlawanan serta menjaringkan 8 gol dalam saingan Liga Mexico pada musim 2019-2020.

Prestasi yang baik itu telah menarik minat pengendali JDT, Benjamin Mora untuk menandatangani pemain tersebut bagi menggantikan tempat Diogo Luis Santo yang menyertai kelab Thailand.

JDT kini sedang mencari seorang penyerang import baharu selepas calon pemain dari Brazil, Camilo Sanvezzo membuat kejutan apabila menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab Mexico, Mazatlan FC.

Rolan dilihat sebagai calon yang sesuai kerana beliau mempunyai pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa. Beliau pernah menjuarai Coupe de France bersama kelab Bordeaux pada musim 2013.

Pemain ini juga mempunyai 25 kaps dengan skuad kebangsaan Uruguay dan pernah beraksi dalam saingan Copa America 2015 & 2016 bersama bintang terkemuka dunia seperti Luis Suarez, Gimenez, dan Maxi Pereira.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Shakir Hamzah Bakal Tandatangani Kontrak Dua Tahun Bersama Perak

Jurulatih Bali United Tak Tahu Pemainnya Diburu Oleh Kelab Liga Malaysia

RASMI: CIMB Dan Air Asia Tarik Diri Sebagai Penaja Liga Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group