Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah media sukan Jepun yang dikenali sebagai Tokyo Sports Web, hari ini telah mendedahkan bahawa pemain tersohor Jepun iaitu Honda Keisuke dikatakan telah menerima tawaran dari pasukan Selangor FC.

Dalam artikel yang dikeluarkan pada jam 1.33 tengahari tadi, Tokyo Sports Web telah memetik sebuah artikel dari media Azerbaijan – Sports Info, yang menyatakan bahawa Honda Keisuke sudah menerima satu tawaran daripada sebuah pasukan Liga Super Malaysia iaitu Selangor FC.

1619067716224_pzefrp75

Honda yang kini berusia 34 tahun, kini beraksi untuk kelab Neftçi Baku dalam saingan Azerbaijan Premier League dengan kontrak selama 2 bulan sahaja mulai 15 Mac lalu dikatakan sedang mencari halatuju seterusnya dalam karier bola sepak yang menghampiri penghujungnya itu.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu, VOCKETFC telah menghubungi pihak Selangor dan telah menafikan mengenai berita tawaran yang diberikan kepada Honda Keisuke ini.

Berkemungkinan juga, ia adalah salah satu teknik atau strategi ejen pemain untuk meraih perhatian untuk melariskan pemain-pemain yang diuruskan oleh mereka.

Walau bagaimanapun, berita yang dipetik oleh Yahoo! Japan ini telah menyebabkan ramai peminat bola sepak Jepun teruja untuk melihat perkembangan selanjutnya sekiranya menjadi kenyataan.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

TMJ Secara Santai Melawat Bilik Persalinan Pasukan Terengganu, Ucap Tahniah Menang Keatas JDT

Penyokong Al-Wehdat ‘Bengang’ Tumpas 0-2, Kecam Pengadil Malaysia Di Laman Facebook ACL

Terengganu Bakal Berdepan Persipura Jayapura Dalam AFC Cup 2021 Selepas Shan United Tarik Diri

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group