Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah portal terkenal Jepun, NHK pagi ini mendedahkan bahawa bekas pemain kelab Kashima Antlers, Masashi Motoyama telah bersetuju untuk menyertai pasukan Kelantan United dalam aksi Liga Premier 2021.

Masashi Motoyama yang telah beraksi untuk Kashima Antler selama 18 tahun sebelum menyertai Giravanz Kitakyushu pada musim 2017 merupakan salah seorang anggota skuad Piala Asia Jepun tahun 2004.

Beliau yang berasal dari Kitakyushu, Fukuoka itu juga tahun 2021 ini bakal menganjak ke umur 41 tahun dan dijangka akan menurunkan kepakaran serta berkongsi pengalaman bersama skuad Kelantan United.

Jika semuanya berjalan lancar, Masashi Motoyama akan muncul sebagai warga Jepun ke 3 menyertai Kelantan United selepas ketua jurulatih mereka Akira Higashiyama dan Yuki Tanigawa sah menyertai skuad itu sebelum ini.

Sebagai rekod, kali terakhir Masashi Motoyama turun beraksi dalam saingan J.League adalah pada musim 2018 dengan 9 penampilan dan 401 minit masa bermain.  Musim 2019 pula adalah musim terakhir beliau dengan Giravanz Kitakyushu sebelum kontraknya tamat pada 24 Disember 2019.

Masashi Motoyama juga dikatakan pemain Jepun pertama di Malaysia yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Samurai Blue, akan diumumkan hari ini sebelum dijangka tiba pada bulan Januari 2021 nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Kelantan United Jalin Kerjasama Dengan Yakult Malaysia, Dijangka Akan Ada Pemain Dan Jurulatih Jepun Musim 2021

RASMI: FA Thailand Umumkan Warrix Sebagai Pembekal Kelengkapan Skuad Kebangsaan Sehingga 2028

TRW Kelantan FC ‘Reset’ Pasukan Untuk 2021, Guna 90% Pemain Skuad Piala Belia Dan Piala Presiden

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group