Selepas berita mengenai pasukan JDT menandatangani pemain dari Indonesia, Syahrian Abimanyu semalam, pihak media Indonesia hari ini mendedahkan maklumat bahawa berkemungkinan Abi akan dipinjamkan ke sebuah kelab divisyen 2 Sepanyol.

Kenyataan itu telah dipetik dari sebuah portal sukan terkenal, Bola.com dimana mereka berjaya menghubungi Pengarah Madura United iaitu Haruna Soemitro untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai masa depan pemain muda itu.

“Kami tidak mampu membayar gajinya (dengan status pinjaman). Saya dengar, Abi mahu dipinjamkan ke kelab divisyen 2 Sepanyol.”, kata Haruna kepada Bola.com

https://www.instagram.com/p/CJKrjmqsxhs/?igshid=ezzyvoluj8sl

Ayah kepada pemain itu, Rasiman mengakui bahawa beliau tidak tahu rencana atau perancangan kelab JDT berkaitan peminjaman anaknya.

“Pastinya mereka (JDT) menginginkan setara atau lebih dari MSL. Apakah ke Indonesia atau ke mana, saya masih belum tahu. JDT mahu pemain yang dipinjamkan boleh beraksi di level Asia, jadi jika kembali ke JDT, sudah ada pengalaman.”, tambah Rasiman lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

RASMI: Fagiano Okayama Umumkan Lanjutan Kontrak, Hadi Fayyadh Kekal Di Jepun Buat Tahun Ke-3

RASMI: JDT Sah Ikat ‘Ubi’ Muda Berusia 21 Tahun Dari Indonesia, Syahrian Abimanyu

Hantharwady United Umumkan Hein Htet Aung Sertai Pasukan Di Selangor Musim 2021?

Sumber