Salah sebuah media bola sepak Indonesia, Indosport.com menggesa agar Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) belajar dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tentang pengambilan pemain naturalisasi.

Perkara ini menjadi perbincangan setelah bekas pemain Melaka United yang kini beraksi bersama Persija Jakarta, Marko Simic menyuarakan kesediaan beliau untuk menyarung jersi skuad Garuda.

Media Indonesia
Striker Persija Jakarta, Marko Simic. (Dok. Persija.id).

Menurut Indosport, langkah FAM yang mewujudkan Jawatankuasa Program Naturalisasi boleh dicontoh oleh PSSI kerana kaedah ini dapat membantu untuk mendapatkan pemain naturalisasi yang sesuai dengan kehendak dan keperluan pasukan negara.

Sebelum ini, Indonesia dikenal dengan pengambilan pemain naturalisasi dalam skala besar, lebih tepatnya sejak 2010 lalu setelah mereka tewas kepada Malaysia di pentas akhir Piala AFF Suzuki.

Media Indonesia
Irfan Bachdim bersama pasukan kebangsaan Indonesia. Sumber Gambar: Indozone

Akan tetapi, majoriti pemain naturalisasi yang diambil gagal memberikan impak kepada prestasi skuad Garuda. Hanya Christian Gonzales, Stefano Lilipaly, Alberto Goncalves dan Irfan Bachdim sahaja yang dianggap memberi impak positif.

Setakat ini, Malaysia mempunyai dua pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi. Namun, hanya Sumareh yang sudah beraksi bersama pasukan negara.

Liridon pula baru mendapat kerakyatan Malaysia pada Mac lalu dan beliau dijangka bakal membuat penampilan bersama skuad Harimau Malaya dalam jangka masa terdekat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala, Peningkatan Dalam Setiap Pertemuan ‘Kacau’ Vietnam

Malaysia Bakal Punyai Pemain Pertahanan Asean Termahal Jika Johan Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya

Thitipan Puangchan Tidak Boleh Lupakan Kekalahan Kepada Malaysia Di Saingan Piala AFF 2018