Salah sebuah media terkenal dari Belanda, 433 menyenaraikan penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim dalam pencalonan Golden Boy musim 2019/2020.

Setelah menampilkan prestasi cemerlang pada saingan AFC B-16 Tahun pada 2018 dan juga kejohanan lain, Luqman mencipta nama sekaligus dikenali oleh pihak luar.

Selain berjaya menarik minat kelab Belgium, KV Kortrijk untuk mendapatkan khidmat beliau, baru-baru ini Luqman mencipta satu lagi pencapaian apabila beliau disenaraikan di samping pemain muda ternama di sekitar dunia.

Dalam senarai tersebut, ada beberapa nama yang telah menunjukkan kualiti mereka bersama kelab-kelab besar seperti Erling Braut HÃ¥land (Borussia Dortmund), Ansu Fati (Barcelona), Phil Foden (Manchester City) dan Callum Hudson-Odoi (Chelsea).

Sekiranya Luqman tidak memenangi anugerah ini, setidaknya ini menjadi satu lagi pencapaian Luqman di peringkat antarabangsa.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:

Lima Pemain Yang Mungkin Menjadi Gandingan Luqman Hakim

FAS Capai Persetujuan Dengan KV Kortrijk Mengenai Perpindahan Luqman Hakim

Vincent Tan Sudah Ada Perancangan Sendiri Untuk Luqman Hakim Dalam Skuad KV Kortrijk