Bintang muda Manchester United dan Scotland, Scott McTominay telah menandatangani kontrak baharu jangka panjang bersama Red Devils.

Pemain dari akademi Man United itu, masih ada 3 tahun lagi dalam kontrak lamanya. Namun United memutuskan untuk merombak semula kontrak pemain 23 tahun itu dan memperbaikinya.

Kontrak baharu itu menyaksikan Scott McTominay akan terus kekal di Man United sehingga tahun 2025 – dan diselitkan klausa lanjutan khas setahun lagi – seperti yang biasa dilakukan United sebelum ini.

McTominay berkata: “Apa yang saya kenal adalah United dan harapan saya agar semangat saya kepada kepada ditunjukkan menerusi aksi saya, setiap kali saya beraksi di atas padang.”

“Saya akan terus memberikan yang terbaik untuk pasukan ini setiap kali memakai jersi pasukan ini.”

“Saya nak berterima kasih kepada pengurus kerana kepercayaan yang beliau tunjukkan kepada saya dan kepada semua yang ada di dalam kelab ini, membantu saya menjadi saya yang hari ini.”

“Saya sudah tak sabar nak menamatkan musim ini setinggi yang mungkin dan harap kami dapat mencapai sesuatu.”

Scott McTominay menjadi pemain yang mulai menjadi perhatian ketika Jose Mourinho banyak memberikannya minit perlawanan dalam pasukan utama.

Beliau kemudian menjadi salah seorang pemain penting di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, terutama sekali ketika bahagian tengah Red Devils berdepan dengan krisis kecederaan.

https://twitter.com/i/status/1274088419744980995

Scott McTominay juga merupakan pemain kebangsaan negaranya. Pemain yang dilihat memiliki kualiti tinggi pada masa akan datang.

Antara momen ikonik pastinya ketika gol ini dalam derbi Manchester:

Baca perkembangan lain tentang Man United

Highlight EPL: Penalti Bruno Fernandes Selamatkan United

United Mendahului Persaingan Dapatkan Havertz, Namun Usaha Chelsea Lebih Konkrit

TERKINI: United Capai Kesepakatan Dengan Shanghai Shenhua