Pemain tengah Manchester United, Scott McTominay telah membuka mulut tentang kritikan Gary Neville berkenaan bahasa tubuh pemain pemain Manchester United dalam beberapa aksi sebelum ini.

Ternyata Ralf Rangnick mengambil peduli kritikan tersebut dan setuju bahawa pemain pemain United tida menunjukkan bahasa tubuh yang sepatutnya di atas padang.

Lantas Ralf Rangnick meminta pemain pemain Man United mengambil serius perkara tersebut dan memperbaikiknya.

Pengurus sementara itu pasti berpuas hati melihat pasukannya kembali ke landasan kemenangan dengan kemenangan 3-1 ke atas Burnley selepas keputusan seri yang mengecewakan menentang Newcastle United tiga hari lalu.

McTominay adalah salah seorang pemain bintang, menghasilkan paparan aksi bertenaga, terlibat dalam banyak aksi di bahagian tengah dan menjaringkan gol pembukaan dengan percubaan deras dari luar kotak penalti.

McTominay turut hampir melakukan gol serupa kemudiannya namun ditepis oleh penjaga gol.

Gol sendiri daripada Ben Mee dan penyudah jarak dekat Cristiano Ronaldo menambah 2 lagi gol United, sebelum gol saguhati Aaron Lennon pada lewat separuh masa pertama.

Ia menandakan peningkatan yang sangat jelas daripada Red Devils selepas mereka dituduh kurang bertenaga oleh pengurus mereka ketika menentang Newcastle, manakala legenda United Neville menuduh Bruno Fernandes dan Cristiano Ronaldo terlalu banyak “merengek” di atas padang.

“Ia menjengkelkan untuk saya selama kira-kira dua bulan,” kata Neville di Sky Sports pada hari Isnin.

“Ia amat menyedihkan apabila pemain terbaik dalam pasukan memberikan pandangan dan bahasa badan itu seperti itu.”

“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena di sana. Anda tidak dapat berlari dari padang, dan Bruno merengek sepanjang masa.”

“Jangan berlari hany pada penghujung permainan, saya tidak suka dengannya.”

Ketika ditanya sama ada United telah bertindak balas dengan cara yang betul terhadap kenyataan itu, McTominay mendedahkan skuad itu sedang berusaha untuk menghapuskan gerak isyarat negatif selepas permintaan daripada Rangnick.

“Kami semua sedang belajar dan menyesuaikan diri. Kami bermain untuk Man Utd, kami perlu dominan dan kami perlu mendapatkan kemenangan,” katanya kepada Amazon Prime Sport.

“Bahasa badan [yang negatif] adalah satu perkara yang digariskan dan pengurus telah berkata dia mahu menghentikannya, jadi itu muktamad. Kami telah mengambilnya.”

McTominay memberikan isyarat kepada peminat Man United bahawa Ralf Rangnick tidak melatah dengan kritikan pundit seperti mana Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini yang akan memberikan reaksi sebaliknya.

Misalnya, Solskjaer pernah menyindir Gary Neville hanya kerana bekas rakan sepasukannya itu mengkritik permainan Man United sebagai tak bermaya.

McTominay menambah: “Mungkin separuh masa pertama adalahg aksi secara berpasukan terbaik [di bawah Rangnick].”

Lantas McTominay menegaskan bahawa mereka perlu memperbaiki lagi prestasi mereka agar dapat mengekalkan tempo permainan yang intensif sepanjang 90 minit.

“Kami agak mendatar pada separuh masa kedua. Apa jua sebab dan alasannya, kami perlu mengekalkan rentak selama 90 minit penuh yang belum pernah kami alami tahun ini.”

“Tetapi kami sedang belajar dan menyesuaikan diri.”

“Perlawanan menentang Newcastle adalah sukar dan kami perlu bangkit daripada itu. Pengurus berkata kami mencipta rekod untuk jumlah ‘turnover’ yang terbanyak dalam liga. Kami perlu mengekalkan penguasaan bola dengan lebih baik.”

“Gol membantu menyuntik tenaga. Jika kami meledak dua atau tiga di Newcastle, ia memberi tenaga kepada seluruh pasukan. Ia sangat penting.”

“Sekarang adalah masanya kita benar-benar mula melangkah dan melakukan lebih, jauh lebih baik. Pengurus sangat menuntut perkara itu dan kami bermain untuk Man Utd, itulah yang perlu kami lakukan.”

Agak menarik kerana Chris Wheeler sebelum ini melaporkan bahawa pemain pemain United ‘dikurung’ Rangnick di pusat latihan sehingga matahari terbenam keran masih ramai pemain tak mengerti peranan mereka dalam formasi 4-2-2-2 dengan gegenpressing.

Ternyata Rangnick seorang yang tidak tertutup kepada kritikan dan pada masa yang sama sangat tegas dalam pendiriannya.

Kemenangan Man United memastikan anak buah Rangnick menamatkan 2021 empat mata di belakang Arsenal yang berada di tangga keempat dengan baki satu perlawanan lagi, walaupun Tottenham boleh mengatasi mereka jika mereka memenangi aksi mereka yang berikutnya.