Berita tentang Eden Hazard pulang semula ke Chelsea menarik perhatian ramai. Namun pundit, Steve McManaman merasakan bahawa Chelsea tak memerlukan Eden Hazard pada ketika ini.

Hazard masih gagal mendapatkan prestasi terbaiknya seperti dahulu ketika di Real Madrid.

Real Madrid sedia untuk melepaskan bintang mereka itu dengan harga murah. Hazard bermain untuk Chelsea selama 7 musim dari 2012 sehingga 2019.

Seterusnya, musim lalu, Hazard dengan terbuka menyatakan bahawa dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali semula ke Liga Inggeris.

Maka tak hairanlah, Chelsea dikaitkan semula dengan Hazard. Pemain yang sudah bermain 352 kali untuk mereka dan mencatatkan 110 gol dalam semua pertandingan.

Pada musim akhir kontraknya, Hazard memutuskan untuk menyertai Real Madrid dan enggan melanjutkan kontran di Stamford Bridge. Gergasi Sepanyol itu sanggup membayar pakej yang menelan kos keseluruhan EUR146 juta untuk mendapatkan Hazard.

Selepas 3 musim, Hazard hanya menjadi pemain yang seringkali dilupakan bahawa dia sekarang ada di Real Madrid.

McManaman berkata: “Chelsea sebenarnya tidak memerlukan Hazard pada masa ini. Kalau dia masuk ke Chelsea pun, tidak ada jaminan bahawa dia akan bermain sebagai pemain kesebelasan utama.”

“Dia sekarang sudah semakin berusia dan prestasinya agak merosot. Tahun terakhirnya di Chelsea sangat luar biasa. Namun selepas dia dilanda beberapa siri kecederaan, dia gagal untuk kembali ke prestasi kemuncak itu kembali.”

Hasil daripada penjualan Hazard, Chelsea berbelanja untuk mendapatkan pemain seperti Kai Havertz dan Hakim Ziyech. Malah Chelsea sudah membeli Timo Werner dalam perjanjian lebih awal.

Kini The Blues sudah memiliki semula Romelu Lukaku. Dengan sistem Tuchel yang sangat memerlukan pemain yang rajin untuk ‘track back’, maka McManaman menganggap Hazard kelihatan bukan tipikal pemain yang menjadi kegemaran sistem Tuchel.

Ini kerana faktor usianya dan juga kecergasannya sudah tidak seperti dulu.

“Saya yakin dia bukan tipikal pemain yang dicari cari Chelsea ketika ini. Mereka ada Hakim Ziyech, Kai Havertz, Timo Werner dan sekarang Romelu Lukaku. Mereka tidak memerlukan Hazard lagi,” tambah beliau.

Baca juga artikel

UECL: AS Roma Dibelasah Kelab Bodo 6-1

Henry: “Benzema Pemain Terbaik Dunia Ketika Ini Bukan Salah”

Solskjaer: “Kritik Ronaldo Malas? Sila Tengok Perlawanan Ini”