https://www.vocketfc.com/chelsea-kalah-pada-hari-tayang-jersi-baharu/Pemain kebangsaan Ireland, David McGoldrick menunggu sangat lama untuk membuka akaun gol Liga Perdana Inggeris beliau.

Dan ianya dibuka semalam dengan gol sulung serta disusuli gol kedua beliau.

McGoldrick menjaringkan 2 gol untuk Sheffield United dalam aksi berdepan dengan pasukan big six, Chelsea.

Dua gol itu membantu Sheffield menang 3-0 ke atas Chelsea dan menguatkan lagi cengkaman mereka di slot Europa League.

McGoldric sudah menjaringkan gol dalam kempen Piala FA musim ini. Namun masih tercari cari gol sulung dalam EPL sebelum aksi ini.

Dalam pertemua berdepan Spurs gol beliau ditarik balik oleh garis halus VAR.

Tetapi dalam aksi berdepan Chelsea, golnya tidak dapat disangkal lagi. Malah beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik Perlawanan.

Bercakap kepada Sky Sports selepas tamat perlawanan, McGoldrick menyatakan impian untuk menjaringkan gol di EPL sudah wujud sejak beliau di bangku sekolah lagi.

“Ianya memberikan makna sangat besar buat saya. Saya membuat debut profesional ketika berusia 16 tahun.”

“Semua orang berimpian bermain di EPL dan saya mencapai impian itu musim ini. Impian kedua saya adalah menjaringkan gol di EPL.”

“Dua tahun lalu saya dilepaskan dari Ipswich Town, saya tak tahu ke mana arah saya selepas itu. Kemudian saya menjalani trial di Sheffield United.”

“Saya kemudian memenangi promosi ke liga utama dan memenangi Pemain Terbaik Tahunan, dan di sinilah saya sekarang, sedang menikmati impian saya.”

Chelsea kini sudah tewas 11 kali. Dan mereka mempersiakan peluang untuk terus kekal mengawal persaingan empat teratas.

Man United berpeluang untuk memintas mereka jika menang dalam aksi seterusnya.

Baca juga perkembangan lain

Nasib Man City Diketahui Isnin Ini, Dijangka Bakal Terlepas Dari Hukuman

Klopp Beri Amaran Kepada Pemain Agar Tidak Mengejar Rekod City Dan Sunderland

Chelsea Kalah Pada Hari Tayang Jersi Baharu