Menurut La Parisien, pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe telah menolak satu lagi tawaran kontrak bernilai €45 juta setahun dari PSG.

Tawaran itu sebenarnya boleh menjadikan Mbappe sebagai pemain bergaji tertinggi di dunia jika dia menerimanya – mengatasi Neymar dan Lionel Messi.

Mbappe nampak gayanya benar benar mahu meninggalkan PSG secara percuma selepas cubaannya untuk menyertai Real Madrid kali ini gagal.

Real sebelum ini menawarkan dua tawaran rasmi kepada PSG untuk Mbappe. Tawaran pertama bernilai €160 juta. Dan tawaran kedua dilaporkan €180 juta.

Pada hari terakhir perpindahan, Real Madrid dikatakan melakukan satu lagi bidaan akhir yang keseluruhan bernilai €200 juta. Ianya juga ditolak.

PSG yang menyatakan bahawa pendirian mereka tidak akan berubah. Di mana mereka mahu Mbappe kekal kerana pemain itu berada dalam perancangan pasukan.

Selepas gagal mendapatkan Mbappe, Real Madrid kemudian menyambar pemain yang menjadi sasaran PSG iaitu, Camavinga.

Real Madrid boleh mendapatkan Mbappe secara percuma pada musim hadapan. Kerana pemain itu pada tahun akhir kontraknya.

PSG masih akan berusaha meyakinkan Mbappe untuk terus kekal bersama dengan mereka. Walaupun sudah beberapa kali tawaran lanjutan kontrak beliau ditolak.

Real Madrid berminat untuk menjadikan Mbappe sebagai bintang utama di Santiago Bernabeu yang baharu.

Baca juga artikel

RASMI: Griezmann Kembali Ke Atletico Secara Pinjaman, Klausa Beli Tetap Hanya €40 Juta

Luah Kerinduan Nak Bermain Bola Menerusi IG, Maitland Niles Dilarang Berlatih

Real Tarik Diri Dari Mbappe Dan Sambar Camavinga Daripada Sertai PSG Hanya Dengan €30 Juta