Kylian Mbappe nampaknya bakal terlepas aksi menentang Bayern Munich pada perlawanan pertama untuk pusingan peringkat 16 akhir UCL yang akan datang.

Sudah tentunya ia adalah tamparan hebat buat PSG yang mahu menjuarai UCL dengan pasukan serba bintang mereka.

Ini selepas Mbappe disahkan mengalami kecederaan yang membuatkannya berehat sekitar 3 minggu.

Mbappe mengalami kecederaan pada pangkal paha ketika berdepan Montpellier.

Di mana pemain itu terpaksa dikeluarkan pada awal perlawanan iaitu pada minit ke-21. Dia kelihatan terhincut hincut memegang pahanya.

Kecederaan itu berlaku ketika Mbappe bertembung dengan Leo Leroy.

Hari itu memang hari yang malang buat Mbappe walaupun pasukannya menang. Sebelum cedera dan dikeluarkan awal, dia juga gagal menyempurnakan 2 kali peluang penalti diberikan kepadanya.

Penalti itu diarahkan diambil semula kerana penjaga gol lawan keluar dari garisan gol lebih awal. Namun Mbappe gagal menyempurnakan penalti dalam 2 kesempatan tersebut.

Dengan aksi berdepan Bayern dijadualkan berlangsung pada 14 Februari PSG nampakanya terpaksa melupakan khidmat Mbappe untuk perlawanan pertama kerana pemain itu bakal terlepas aksi tersebut.

mbappe alami kecederaan bakal terlepas aksi lawan bayern

Mbappe akan terlepas aksi menentang Toulouse pada Sabtu akan datang pada aksi Coupe de France. Dan kemudian akan terlepas aksi menentang bekas kelab lamanya, AS Monaco, 10 hari kemudian.

Dan aksi penting menentang Bayern Munich menjadi perlawanan ketiga yang Mbappe bakal terlepas.

Namun begitu, pengendali PSG, Christope Galtier masih percaya bahawa Mbappe mungkin akan terlibat dalam aksi perlawanan pertama pusingan 16 akhir menentang Bayern.

Kerana apa sahaja boleh berlaku. Di mana Mbappe memiliki rekod yang sangat baik dalam pemulihan segera ataupun lebih cepat ketika mengalami kecederaan.