Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kylian Mbappe kini menjadi mangsa cemuhan penyokong PSG sendiri yang tidak berpuas hati dengan pemain tersebut kerana masih tidak melanjutkan kontraknya.

Kylian Mbappe dikaitkan dengan Real Madrid. Dalam aksi Ligue 1 sebelum ini, peminat PSG bersorak untuk kesemua nama pemain mereka ketika dibacakan dalam senarai kesebelasan utama, kecuali Kylian Mbappe.

Di mana para peminat memutuskan untuk tidak bersorak untuk pemain itu.

Pemain berusia 22 tahun akan menjadi ejen bebas jika masih tak melanjutkan kontraknya musim ini. Bermakna Mbappe boleh pergi secara percuma.

Real Madrid merupakan destinasi pilihan Mbappe. Kelab tersebut turut melancarkan 2 bidaan masing masing EUR170 juta dan EUR180 juta untuk mebeli Mbappe dalam jendela perpindahan lalu.

Namun kedua duanya ditolak oleh PSG yang menyatakan bahawa pendirian mereka tak akan berubah, bahawa Mbappe dalam projek penting mereka musim ini dan jangka panjang.

Bukan itu sahaja, L’Equipe melaporkan bahawa, PSG sudah menawarkan gaji tertinggi di Eropah untuk Mbappe, mengatasi Messi dan Neymar, namun pemain itu masih tidak berganjak dengan keputusannya.

Walaupun masa depannya menjadi bualan hangat, namun di atas padang, Mbappe terus cemerlang. Mencetak beberapa gol untuk pasukannya termasuk dalam aksi menentang Clermont Foot di Ligue 1.

Bekas penyerang Monaco itu kini telah menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan pembukaan Ligue 1 PSG musim ini, dengan pasukannya memenangi kesemua aksi pembukaan setakat ini.

Baca juga artikel

EPL: Liverpool Menang Namun Harvey Elliot Alami Kecederaan Serius

Highlight EPL: Lukaku Skor 2 Gol, Mendy Sekali Lagi Buat 6 ‘Saves’

EPL: Vieira Tamatkan Permulaan Sempurna Spurs, Edouard Cetak 2 Gol Debut

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group