Aksi pembukaan di antara Jerman dan Perancis pastinya menjadi tumpuan. Selain daripada reputasi gah kedua dua pasukan, tumpuan juga terarah ke kem Perancis.

Ini selepas kem Perancis sebelum ini ada sedikit konflik di kalangan pemain.

Giroud dengan terbuka mengkritik Kylian Mbappe, menuduh pemain itu bersikap tamak dan tidak mahu menghantar bola kepadanya. Luahan panas Giroud itu dilakukannya secara terbuka selepas tamat aksi pemanas badan berdepan dengan Bulgaria.

Giroud berkata: “Aksi saya agak sepi sebab kadangkala saya melakukan larian, namun bola tak kunjung tiba kepada saya.”

“Saya tak kata saya sentiasa melakukan larian berkualiti, namun saya adalah pemain yang sentiasa mencari penyelesaian kepada pasukan di dalam kotak penalti.”

“Dengan dua bantuan yang baik sekali dari Ben Yedder dan Pavard saya dapat menyudahkan  permainan dengan baik.”

“Tetapi kami pasti dapat menjaringkan lebih banyak gol sekiranya kami lebih cekap. Saya gembira dapat membantu pasukan, saya bukannya ‘koyak’ [bitter],” kata penyerang Chelsea itu.

Mbappe dilaporkan tidak gembira dengan komen tersebut yang disifatkannya sebagai ditujukan secara spesifik kepadanya.

923705-mbappe-france
Kylian mbappe

Dan kemudian mengadakan sidang media untuk menjelaskan keadaan. Mbappe juga mengakui dia terasa hati dengan komen Giroud itu dan sudah bersemuka sendiri dengan Giroud.

Mbappe berkata: “Saya sudah bercakap dengan Olivier Giroud. Semua orang tahu apa yang berlaku. Ya saya agak terasa hati dengan apa yang berlaku. Ianya benar bahawa saya sedikit terkesan dengan kenyataan itu.”

Walaubagaimanapun, Kylian Mbappe menyatakan bahawa perkara itu sudah diselesaikan dan tidak akan mempengaruhi pasukan mereka sama sekali.

“Kami tidak akan memperbesarkan perkara ini kerana kami semua di sini untuk mewakili negara Perancis, itu perkara yang paling penting.”

“Lebih dari itu dia mengatakannya secara terbuka kepada umum. Saya bertemua dengannya di bilik persalinan dan dia tidak mengatakan apa-apa kepada saya.”

Baca juga artikel

CEO Inter Tembak Puak Antivaksin Tuduh Eriksen Alami Serangan Jantung Kerana COVID Dan Vaksin

Euro 2020: Dumfries Muncul Wira Belanda Tundukkan Ukraine

Euro 2020: Austria Lakar Kemenangan Bersejarah