Kylian Mbappe mungkin baru sahaja membuat kenyataan paling kontroversi apabila terang terang mengakui dia terkilan kerana dua perkara dalam kariernya sebelum ini.

Pertamanya, gagal menyempurnakan penalti dalam penentuan penalti final Euro 2020. Seterusnya, gagal memeterai perpindahan ke Real Madrid, kerana PSG menolak bidaan tersebut.

Mbappe mengakui dua perkara itu benar benar menguji kemampuan sebenar dirinya dalam beberapa bulan selepas itu.

Mbappe tampil cemerlang bersama Perancis musim ini, membantu negaranya mara ke Piala Dunia 2022.

Bercakap kepada Telefoot, Mbappe berkata: “Apa yang berlaku kepada saya musim panas tahun ini, membantu membentuk diri saya yang ada sekarang.”

“Gagal untuk menyempurnakan penalti penentuan, selepas kegagalan dalam penalti sebelumnya.”

“Kemudian gagal untuk dalam perpindahan, ini semua benar benar menguji mentaliti kamu, menguji sejauh mana keupayaan kamu.”

“Namun saya telah menjawab semuanya dengan sebaik mungkin. Ianya membantu menguatkan lagi diri saya.”

Sebelum ini laporan L’Equipe mendedahkan bahawa Real Madrid melakukan dua bidaan pada saat akhir, namun ditolak oleh PSG.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo, dengan terang terangan mengutuk tindakan Real Madrid itu yang dikatakan cuba bermain taktik kotor. Bidaan tersebut hanyalah usaha untuk menganggu fokus Mbappe.

Sebab itu mereka membida Mbappe pada harga yang tinggi namun kurang daripada tanda harga diminta PSG.

PSG meminta sekurang kurangnya EUR180 juta untuk Mbappe yang memasuki tahu akhir kontraknya.

Real Madrid hadir dengan dua bidaan masing masing EUR160 dan EUR170 juta.

Mbappe menjadi sasaran utama Real Madrid untuk digandingkan bersama Karim Benzema dan Vinicius Jr pada projek yang akan datang.

Baca juga artikel

Zlatan: “Mbappe Bagus Tetapi Dia Kena Berani Keluar Dari Zon Selesa Di PSG”

Tuchel Lebih Gembira Latih Lukaku Berbanding Neymar Dan Mbappe

Mbappe Dicemuh Penyokong Sendiri Kerana Mahu Ke Real Madrid