Bekas pemain pertahanan import Johor Darul Ta’zim (JDT), Maurício dos Santos Nascimento kembali beraksi dalam saingan Liga Brazil apabila beliau menyertai kelab yang beraksi di divisyen dua iaitu Nautico.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana selain Mauricio, Nautico turut menandatangani seorang lagi pemain pertahanan iaitu Anilson yang berusia 20 tahun.

“Mauricio berumur 33 tahun dan telah beraksi bersama beberapa pasukan hebat di dunia. Dia memulakan kerjayanya di Palmeiras dan pernah beraksi bersama beberapa pasukan seperti Sporting CP, Lazio dan Spartak Moscow,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.

Pada Jun lalu, JDT mengumumkan mereka telah melepaskan Mauricio Nascimento setelah empat musim beraksi bersama pasukan tersebut. Sepanjang bersama Harimau Selatan, beliau telah berjaya merangkul gelaran juara Liga Super sebanyak 3 kali dan turut membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia pada musim 2019.

“JDT ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Maurico Dos Santos. Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama. Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT,” tulis kenyataan rasmi.

Sementara itu, Mauricio mengucapkan terima kasih kepada semua pemain dan barisan jurulatih JDT serta mengakui ia pengalaman yang hebat dapat membantu pasukan tersebut memenangi pelbagai kejuaraan.

“Dengan rasa kesyukuran yang tidak terhingga, saya menamatkan khidmat saya di Johor Darul Ta’zim. Terdapat 8 Gelaran dalam empat musim dengan penuh dedikasi, kerja keras dan cinta terhadap kelab ini.

“Saya berterima kasih kepada semua orang yang menjadi sebahagian daripada trajektori ini dan menjadikannya lebih istimewa. Terima kasih JDT, anda sentiasa dalam hati saya,” katanya melalui laman instagram.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

FIFA Iktiraf Gol Sean Selvaraj, Layak Untuk Anugerah Puskas?

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Tarik Perhatian Media Antarabangsa

Maurício Nascimento: Tuhan Tak Pernah Menipu, Selamat Tinggal Mora