Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan pemain pertahanan import mereka, Mauricio Dos Santos telah dilepaskan setelah 4 musim bersama dengan pasukan tersebut.

Sepanjang bersama Harimau Selatan, beliau telah berjaya merangkul gelaran juara Liga Super sebanyak 3 kali dan turut membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia pada musim 2019.

“JDT ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Maurico Dos Santos. Terima kasih atas khidmat dan komitmen cemerlang sepanjang empat musim di mana kita memenangi lapan trofi bersama-sama. Anda adalah legenda kelab dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT,” tulis kenyataan rasmi.

Sementara itu, Mauricio mengucapkan terima kasih kepada semua pemain dan barisan jurulatih JDT serta mengakui ia pengalaman yang hebat dapat membantu pasukan tersebut memenangi pelbagai kejuaraan.

“Dengan rasa kesyukuran yang tidak terhingga, saya menamatkan khidmat saya di Johor Darul Ta’zim. Terdapat 8 Gelaran dalam empat musim dengan penuh dedikasi, kerja keras dan cinta terhadap kelab ini.

“Saya berterima kasih kepada semua orang yang menjadi sebahagian daripada trajektori ini dan menjadikannya lebih istimewa. Terima kasih JDT, anda sentiasa dalam hati saya,” katanya melalui laman instagram.

Difahamkan JDT bakal mengumumkan pemain pertahanan import baharu bagi menggantikan tempat Mauricio. Antara nama yang menjadi bualan di media sosial ialah pemain naturalisasi Indonesia, Jordi Amat.

Pemain yang berusia 30 tahun itu pernah mewakili skuad bawah 21 tahun Sepanyol dan mempunyai pengalaman beraksi dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Swansea City dan kelab La Liga, Rayo Vallecano.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

Selangor Jadi ‘Lauk’ Harimau Selatan Di Stadium Sultan Ibrahim

Pemain Pertahanan Uzbekistan Sah Sertai Sri Pahang

Pemain Tengah Thailand, Sanrawat Dechmitr Sah Sertai Kedah Darul Aman

MFL Lancar Bola Sepak Fantasi Rasmi Pertama Liga Malaysia

Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan

Zainal Abidin Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Penang

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group