Penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menegaskan keputusan untuk beraksi dalam saingan Thai League 1 musim ini bukan kerana tawaran gaji yang lumayan melainkan mahu mencari pengalaman.

Matyo berkata demikian menerusi laman Instagram Story miliknya setelah ada dakwaan yang mengatakan bekas pemain Pahang itu menyertai BG Pathum United kerana tawaran gaji yang tinggi.

Matyo
Sumber Gambar: Instagram Matyo

Menurut Norshahrul, jika gaji yang menjadi ukuran, lebih baik beliau kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan tidak perlu bersusah-payah berhijrah ke negara jiran.

Matyo turut berharap agar peminat dapat memberikan ruang kepada beliau untuk memberikan fokus bersama BG Pathum dan tidak melontarkan kata-kata yang tidak perlu.

Di usia 34 tahun, perpindahan Norshahrul ke Thailand sememangnya mengejutkan rata-rata peminat serta pemerhati bola sepak tanah air dan pelbagai tanggapan muncul khususnya di laman media sosial.

Baru-baru ini, pemenang Piala AFF Suzuki 2010 itu membantu BG Pathum menewaskan bekas juara saingan Thai League 1, Muangthong United dengan keputusan 2-1 pada perlawanan pembukaan liga.

Selain Norshahrul, dua lagi pemain Malaysia turut beraksi di Thailand dimana Dominic Tan beraksi bersama Police Tero manakala Zafuan Azeman bersama Angthong FC dalam saingan Thai League 3.

Baca artikel lain mengenai Norshahrul Idlan Talaha di sini:

BG Pathum United Mulakan Saingan Thai League 1 Dengan Kemenangan

Umpanan Padu Bekas Pemain Oita Trinita Ini Bakal Dinikmati Norshahrul Idlan Talaha Di BG Pathum United

Dollah Salleh Cabar Pemain Tempatan Ikuti Jejak Norshahrul Idlan Talaha