Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo nyata gembira dapat beraksi buat pertama kali sejak saingan Thai League 1 disambung pada September lalu setelah berehat lebih lima bulan ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Norshahrul diturunkan pada perlawanan menentang Rayong FC yang menyaksikan BG Pathum berjaya mengutip tiga mata penuh menerusi kemenangan 2-0 hasil dua jaringan pertahanan import, Victor Cardozo.

Menerusi laman web rasmi kelab, Norshahrul nyata gembira dapat beraksi namun beliau sedikit kecewa kerana gagal untuk menjaringkan gol atau membuat assist pada perlawanan Sabtu lalu.

“Ini perlawanan pertama saya sejak saingan Thai League kembali disambung. Saya gembira pasukan berjaya meraih kemenangan namun kecewa kerana tidak dapat menjaringkan gol.

“Satu perkara yang normal apabila ramai orang mengharapkan saya untuk menjaringkan gol. Saya bekerja keras dan jika diberikan peluang untuk beraksi, saya akan gunakan peluang tersebut dengan baik.

“Walau apa pun, meraih tiga mata adalah perkara yang paling penting. Kami akan menampilkan persembahan terbaik khususnya bagi peminat dan kami akan menuju ke puncak sebagai satu pasukan,” kata Matyo.

Matyo

Sumber Gambar: BG Pathum United

BG Pathum ketika ini menduduki tangga teratas dalam carta Thai League 1 dengan 19 mata selepas tujuh perlawanan, mempunyai kelebihan empat mata di hadapan Bangkok United dan Chonburi FC yang masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga.

Pada perlawanan liga yang seterusnya, BG Pathum akan menghadapi Buriram United pada 10 Oktober ini.

Baca artikel lain mengenai Norshahrul Idlan Talaha di sini:

Norshahrul: BG Pathum Mempunyai Kualiti Dan Pengurusan Yang Baik

Dua Penyerang Baharu Bakal Berikan Saingan Kepada Matyo Musim Hadapan

Matyo: Saya Berhijrah Ke Thailand Bukan Kerana Wang

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group