Dua pemain Malaysia yang beraksi dalam saingan Thai League 1, Norshahrul Idlan Talaha dan Dominic Tan berkemungkinan besar bakal terlepas saingan Piala AFF Suzuki edisi tahun ini.

Baru-baru ini, FA Thailand memutuskan untuk menunda saingan Thai League sehingga bulan September 2020 dan ini bermakna saingan tersebut akan bertembung dengan Piala AFF Suzuki yang dijadualkan berlangsung pada November.

Matyo

Sumber Gambar: Police Tero FC

Memandang saingan Piala AFF Suzuki tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), maka pihak kelab tidak wajib untuk melepaskan pemain mereka bagi menyertai pasukan kebangsaan.

Situasi yang mungkin dihadapi Malaysia ini sama seperti situasi yang dihadapi Thailand pada kejohanan edisi 2018.

Thailand tidak dapat menggunakan khidmat pemain bintang seperti Chanathip Songkrasin, Theerathon Bunmathan dan Kawin Thamsatchanan kerana kelab tidak memberikan pelepasan kepada ketiga-tiga pemain.

Matyo

Sumber Gambar: BG Pathum United

Namun, ketiadaan Matyo dan Dominic dilihat tidak memberi kesan mendalam kepada pasukan negara dimana pemain lain mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kedua pemain.

Shahrel Fikri boleh menggantikan Matyo bagi bergandingan dengan Syafiq Ahmad di bahagian serangan manakala Adam Nor Azlin dan Fadhli Shas boleh menggantikan tempat Dominic di bahagian pertahanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Malaysia di saingan Thai League 1 di sini:

Ejen Dari Thailand Ambil Tindakan Saman Mat Yo

Mat Yo Dakwa Ejennya Berbohong Dan Cuba Mengalihkan Isu Utama

Ke Mana Ejen Mat Yo Menghilangkan Diri?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group