Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Matthew Davies mengesahkan beliau kekal bersama skuad tok gajah musim depan sekaligus menafikan khabar angin yang mengaitkannya dengan pasukan Terengganu FC.

Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh Davies melalui satu muat naik di laman instagram miliknya hari ini.

“Saya ingin mengesahkan sekali lagi, saya masih bermain bersama Pahang untuk musim 2020. Kini dalam perjalanan ke Kuantan dan tidak sabar memulakan musim baharu,” tulisnya.

F722A10D-F96D-4BB5-9267-452DE17B97B2

Pemain berdarah kacukan Australia dan Malaysia itu telah beraksi bersama skuad Tok Gajah sejak tahun 2015 dan sentiasa dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Keputusannya untuk menyertai pasukan Pahang dibuat selepas mendapatkan nasihat dari bekas pemain import skuad Tok Gajah dari Australia yang pernah menabur bakti di sini seperti Alan Davidson dan Anthony Milicic.

Malaysia bukan asing bagi dirinya memandangkan ibunya berasal daripada Sabah manakala bapanya rakyat Australia.

Sepanjang bersama Pahang, Davies telah meraih kejuaraan Piala FA pada tahun 2018 dan meraih gelaran naib juara Liga Super sebanyak dua kali pada tahun 2017 dan 2019.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Liga Malaysia 2020: Pemain Kelahiran Manchester Sah Sertai Selangor

B.Satianathan Puas Hati Dengan Pemain Baharu Selangor

MFL Sahkan Baki Kedua Hak Penyiaran Tidak Dapat Diagihkan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group