Pemain pertahanan pasukan kebangsaan, Matthew Davies dikhabarkan semakin hampir untuk menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi saingan musim 2020.

Perkara ini sedang hangat dibincangkan di laman media sosial dimana Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dipercayai mengambil keputusan untuk menjual Matthew ke JDT.

Berita mengenai perpindahan Matthew Davies ke JDT sudah lama dibincangkan dimana rata-rata peminat serta pemerhati bola sepak tanah air menjangka pemain kacukan itu akan menyertai skuad Harimau Selatan pada musim 2021 nanti bagi menggantikan S.Kunanlan yang dianggap sudah melepasi zaman kegemilangan.

Namun, kecederaan serius yang dialami oleh Azrif Nasrulhaq serta prestasi kurang memberangsangkan Kunanlan pada perlawanan Vissel Kobe baru-baru ini nyata memaksa JDT untuk mencari pengganti.

Aksi
Aksi S.Kunanlan ketika perlawanan menentang Vissel Kobe. Sumber Gambar: JST

Setakat ini, masih belum ada sebarang pengumuman baik daripada PBNP dan juga JDT sendiri mengenai perpindahan Matthew Davies.

Sebelum ini, JDT meminjamkan dua pemain iaitu Fazly Mazlan dan S.Kumaahran kepada Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim dan Pahang di sini:

RASMI: S. Kumaahran Dan Fazly Mazlan Dipinjamkan Ke Pahang

Tunggakan Gaji: Patrick Cruz Ugut Heret Pahang FA Ke FIFA

TMJ Akui Vissel Kobe Berada Di Kelas Yang Tersendiri