Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Matthew Davies dilantik sebagai duta salah satu konsol permainan bola sepak terbesar dunia iaitu eFootball 2023.

Perkara ini dikongsikan oleh Matthew menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau mengajak peminat untuk bermain konsol tersebut dan memasukkan beliau dalam kesebelasa utama Dream Team.

“Saya teruja untuk mengumumkan saya dilantik sebagai duta untuk eFootball 2023 Championsip! dimana saya akan membuat penampilan istimewa dalam permainan tersebut. Tambah saya ke dalam Pasukan Impian anda! Kedya-dua versi iaitu konsol dan mudah alih adalah percuma. Mari kita bermain eFootball 2023 Championsip bersama-sama,” kata Matthew Davies.

Pemain berusia 26 tahun itu menyertai senarai elit sebagai duta kepada eFootball antaranya bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi dan Neymar, pemain muda Jepun iaitu Takefusa Kubo serta dua lagi tambahan baharu iaitu pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold dan pemain Manchester United, Bruno Fernandes.

Tema musim ini ialah New Season Kickoff – New Player Types & Licenses yang memberi fokus kepada kekuatan pemain baharu yang ditambah dalam versi kali ini.

Dua jenis kad baharu yang ditambah ke Pasukan Impian eFootball yang sama dengan Pasukan Ultimate dalam konsol FIF ialah Sorotan dan Epik. Kad sorotan akan menampilkan pemain yang beraksi dengan sangat baik pada musim semasa. Pemain epik pula mempunyai tahap perkembangan yang lebih tinggi daripada pemain Lagenda, dan menampilkan bintang bola sepak dahulu dan sekarang.