Hampir semua pemain yang dipanggil untuk menyertai sesi latihan bersama skuad U23 Malaysia melaporkan diri di kem latihan semalam kecuali 2 pemain pasukan Pahang – Matthew Davies dan Azam Azih, yang gagal muncul pada sesi latihan pertama.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dalam satu  kenyataan petang semalam menyebut 2 pemain tersebut akan dianggap tidak berminat untuk menyertai skuad itu sekiranya gagal melaporkan diri sebelum sesi latihan bermula  jam 5 petang hari ini.

Seramai 25 orang pemain hadir melaporkan diri pada sesi latihan pertama dari 28 pemain yang dipanggil. Seorang lagi pemain, Hadi Fayyadh Abdul Razak sudah mengesahkan akan melaporkan diri hari ini.

datuk yusoff mahadi

“Kalau ada surat atau sudah dimaklumkan secara rasmi kita boleh katakan mereka tak akan datang, tapi setakat ini tiada surat rasmi dan kita anggap mereka gagal melaporkan diri pada hari pertama latihan.”

Menurut beliau lagi, pemain-pemain ini akan berlepas ke China dalam untuk menghadapi satu perlawanan persahabatan, dan memerlukan masa untuk proses dokumentasi selewat-lewatnya pada hari Khamis atau Jumaat.

Lebih menarik, apabila 2 lagi pemain Pahang Faisal Abdul Halim dan R. Kogileswaran telah melaporkan diri dan Matthew Davies dilihat hadir ke sesi undian unifi Piala Malaysia 2018 beberapa jam sebelum sesi latihan rasmi pertama di Damansara Perdana.

datuk ong kim swee

Bagi ketua jurulatih skuad U23 Malaysia, Datuk Ong Kim Swee jelas lega dengan barisan pemain yang hadir walaupun tanpa kelibat 2 pemain tersebut, selepas ada khabar yang mengatakan pasukan mereka enggan memberikan pelepasan.

Walaubagaimanapun, beliau akan memberikan fokus kepada pemain yang sudah melaporkan diri dalam persiapan menghadapi China seterusnya aksi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan Asia 2018 nanti.