Sebentar tadi baru sahaja berlangsung sidang media pengumuman Matt Davies sebagai pemain terbaru pasukan Johor Darul Ta’zim yang diadakan di ibu pejabat pengurusan kelab itu dimana turut dihadiri oleh Benjamin Mora dan Luciano Figueroa.

Sidang media tersebut bermula dengan kata-kata aluan oleh Benjamin Mora berkenaan Matt Davies, memperkenalkan secara rasmi pemain itu kepada pihak media.

“Dalam majlis khas memperkenalkan secara rasmi pemain terbaru JDT, Matt Davies, pemain yang dikenali ramai oleh semua peminat bola sepak di Malaysia, media dan juga pesaing-pesaing dalam saingan liga.”

“Kami sangat gembira untuk memiliki beliau disini. Dia telah muncul sebagai pemain yang bagus dalam tempoh yang lama bersama Pahang, mempamerkan aksi yang baik untuk Pahang, mencapai keputusan yang cemerlang

“Pastinya beliau telah membuatkan kami ‘sakit kepala’ selama beberapa tahun ini sebagai pemain bek kanan terbaik serta kapten pasukan Pahang. Kehadiran beliau disini sudah semestinya satu penghormatan dan juga kelebihan untuk kami.

“Kami gembira dan selamat datang Matt Davies ke JDT.”

Sejurus selepas sesi pengenalan oleh Benjamin Mora, sesi soal jawab telah dibuka untuk para media dan beberapa soalan telah diajukan kepada Benjamin Mora dan juga Matt Davies.

Menjawab soalan-soalan yang diajukan, Benjamin Mora menjelaskan bahawa Matt Davies mengikat kontrak bersama JDT kira-kira 3 musim dan berkenaan dengan ‘deal’ bersama Pahang, Benjamin Mora menolak untuk memberikan jawapan kerana perkara seperti itu pastinya telah diuruskan dengan baik oleh pihak pengurusan pasukan dan dia sebagai jurulatih pasukan tidak mahu memberikan komen lebih lanjut.

Matt Davies pula ketika menjawab soalan berkaitan ‘expectation’ apabila menyertai JDT memberitahu bahawa beliau mahu terus menyumbangkan aksi bagi meneruskan kejayaan JDT.

“Harapan saya adalah untuk memberikan sumbangan terhadap ongoing success JDT, sebagai sebuah jenama dan kelab bola sepak. Semua orang tahu standard yang telah ditetapkan disini, expectation yang mereka mahukan dari pemain.

“Jadi, saya datang kesini untuk menang, saya datang kesini untuk membantu JDT mencipta sejarah dan saya gembira untuk bekerjasama dengan jurulatih dan pengurus baru.

Matt Davies juga menjelaskan mungkin beliau memiliki masa yang singkat untuk menyesuaikan diri dalam pasukan JDT tetapi faktor ramai pemain dalam skuad Harimau Malaya di JDT akan membantu memudahkan tugasnya nanti.

“Tetapi, dalam masa yang sama saya perlu menyesuaikan diri dengan cara serta corak latihan, expectation dan pace yang telah ditetapkan oleh JDT.

Selain itu, apabila diajukan soalan adakah ini merupakan mimpi menjadi kenyataan dimana beliau akan dikelilingi oleh ramai pemain-pemain pertahanan yang berkaliber, Matt Davies menjelaskan;

“Sudah pastinya ia mimpi menjadi kenyataan kerana sebagai pemain, pemain terbaik mahu dikelilingi oleh pemain-pemain terbaik dan ini membuatkan kerja mereka menjadi lebih mudah.

“Ia adalah natural pemain mahu dikelilingi oleh pemain-pemain terbaik dan ia adalah mimpi menjadi kenyataan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

JDT Bayar Harga Tinggi Bagi Dapatkan Khidmat Matthew Davies

Matthew Davies Sertai Johor Darul Ta’zim?

TMJ Akui Vissel Kobe Berada Di Kelas Yang Tersendiri