Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Marco Materazzi membuat kenyataan kontroversi berkaitan dengan isu perkauman di atas padang. Ini apabila dia turut menuduh ramai pemain kulit hitam pun suka menggunakan stereotaip berbaur rasisme ke atas pemain kulit putih.

Di dalam kariernya, Materazzi seringkali mendengar pemain pemain kulit hitam menggunakan kata kata yang menyinggung perasaan mereka.

Materazzi memberikan respon ke atas kenyataan Lilian Thuram berkaitan dengan perkauman di atas padang. Ini selepas Serie A terus menjadi tempat yang sering berlaku insiden perkauman.

Baru baru ini, pemain Napoli, Kalidou Koulibaly dan Oshimhen menerima ejekan rasis daripada penyokong Napoli.

Thuram bengang dengan apa yang berlaku. Namun Materazzi pula turut mengingatkan bahawa Thuram sendiri seorang yang rasis.

Misalnya Lilian Thuram, yang menurut Materazzi, memang tak sah kalau dia tak memanggil Materazzi dengan panggilan ‘son of a ****’.

Menurut Materazzi itu adalah penghinaan kepada ibunya. Dan perkara itu diulangi oleh Thuram berkali kali di dalam kariernya.

Materazzi berkata: “Pemain pemain kulit putih tak sepatutnya hanya berdiam dengan perkara rasisme ke atas kita juga.”

“Kita harus menyuarakannya dan menentang rasisme ke atas kita.”

“Saya seorang yang menentang rasisme, namun Thuram, dia tak akan pernah tinggalkan stadium tanpa menyanyi chant Materazzi son of a ***.”

“Ini satu diskriminasi, untuk pemain kulit putih, kulit hitam dan juga son of a ***,”.

Sepanjang kariernya, Materazzi bertemu dengan Thuram 8 kali di atas padang.

5 daripadanya ketika Materazzi bersama Inter dan Thuram bersama dengan Juventus.

3 lagi ketika Materazzi bersama dengan Perugia dan Thuram bersama dengan Parma.

Baca juga artikel

Messi, Ronaldo, Neymar Sekali Lagi Ketuai 30 Senarai Akhir Ballon d’Or

Bagaimana Sikap Kedekut Mike Ashley Membolehkan Newcastle Berbelanja £200 Juta

UNL: Ketinggalan 2 Gol, Perancis Bangkit Bedal Belgium Dan Mara Ke Final

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group