Kejayaan melakar kemenangan besar 6 gol tanpa balas dalam perlawanan persahabatan tier 1 antarabangsa berdepan Sri Lanka semalam telah berjaya untuk menambah lagi mata FIFA Ranking Malaysia sekurang-kurangnya sekitar 2 mata.

Berdasarkan ramalan yang dibuat sebelum ini seperti dibawah, Malaysia kini mengumpul 1,016.74 mata selepas tamat perlawanan semalam. Namun dari segi kedudukan pasukan, tiada sebarang perubahan.

  • Mengikut formula pengiraan yang ditetapkan oleh FIFA, sekiranya Malaysia berjaya menang perlawanan ini, kita akan memperolehi +1.83 mata yang menjadikan jumlah mata keseluruhan kepada 1016.74 mata.

Penting untuk kita ketahui bahawa perlawanan persahabatan bertemu Sri Lanka ini akan berlangsung di luar dari kalendar FIFA dimana, magnitud perlawanan dari perspektif ranking FIFA adalah paling kecil.

Jika skuad Tan Cheng Hoe mampu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ketiga skuad Malaysia pada 10 Oktober 2019, kita berpeluang besar untuk sekurang-kurangnya memintas kedudukan Singapura dan juga pasukan Kuwait dalam FIFA Ranking.

Sekiranya menjadi kenyataan, Malaysia mampu menyamai mata pasuka Republik Dominican dan mengurangkan jurang dengan pasukan New Caledonia (1035 mata) dikedudukan 154 dunia.

Baca juga artikel lain yang tidak kurang padu untuk anda peminat sejati Harimau Malaya.

Kelab Amatur Liga Divisyen 3 Korea Selatan Ini Mara Ke Final Piala FA, Slot AFC Champions League Jadi Sasaran

Jaringan Gol Liga Thailand Ini Persis Teknik ‘Double Bicycle Kick’ Yang Pernah Dilakukan Oleh Captain Tsubasa

Taylor Regan: Liga Malaysia ‘Lebih Mencabar’ Jika Dibandingkan Dengan Liga Australia