Skuad kebangsaan Vietnam sah mara ke pusingan kalah mati kejohanan bola sepak Piala Asia 2019 di UAE, mengatasi Lebanon berdasarkan pengiraan mata FIFA Fair-Play selepas kedua-dua pasukan terikat dengan jumlah mata, jumlah gol dijaringkan, jumlah bolos dan perbezaan gol yang sama.

Screenshot 2019-01-18 at 2.50.06 AM

Screenshot 2019-01-18 at 2.49.37 AM

Seperti yang telah ditetapkan oleh pihak AFC, penentuan kedudukan dibuat berdasarkan Appendix 1 dan 2 dalam manual kejohanan;

Appendix 1:
1.1 Setiap kad kuning: 1 mata
1.2 Setiap kad merah (hasil dari 2 kad kuning): 2 mata
1.3 Setiap kad merah (secara ‘direct’): 3 mata
1.4 Setiap kad kuning dan diikuti oleh kad merah ‘direct’: 4 mata

Appendix 2:
a) Jumlah mata dalam semua perlawanan peringkat kumpulan
b) Perbezaan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan
c) Jumlah gol dijaringkan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan
d) Kriteria Mata FIFA Fair-Play
e) ‘Drawing of lots

Selepas mengharungi 3 perlawanan peringkat kumpulan, Vietnam telah mengumpul 5 kad kuning dari;

  1. Do Duy Manh (bertemu Iraq)
  2. Nguyen Trong Hoang (bertemu Iraq)
  3. Do Duy Manh (bertemu Iran)
  4. Doan Van Hau (bertemu Iran)
  5. Nguyen Cong Phuong (bertemu Yemen)

Bagi Lebanon pula, sebelum perlawanan bertemu DPR Korea, mereka juga memiliki 5 kad kuning dari 2 perlawanan terdahulu. Namun ketika bertemu DPR Korea, Lebanon telah mengumpul 2 lagi kad kuning menjadikan 7 kad kuning diterima dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan.

1. Hassan Maatouk (bertemu Qatar)
2. Robert Alexander Melki (bertemu Qatar)
3. Hilal Al Helwe (bertemu Arab Saudi)
4. Mohamad Haidar (bertemu Arab Saudi)
5. George Felix Melki (bertemu Arab Saudi)
6. Robert Alexander Melki (bertemu DPR Korea)
7. Mohamad Haidar (bertemu DPR Korea)

Mengikut Appendix 2, perkara (d) merupakan peraturan yang telah berjaya membawa Vietnam melangkah ke peringkat kalah mati Piala Asia 2019 selepas kedua-dua pasukan itu terikat dalam perkara (a), (b) dan (c).

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group