Bekas pemain Kuala Lumpur, Mat Zan Mat Aris menasihatkan badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya mengkaji semula penganjuran Piala Malaysia dan Piala FA musim ini.

Menurut Mat Zan, sekiranya FAM dan MFL kesuntukan masa, maka dua saingan tersebut tidak sesuai untuk diteruskan kerana ia akan memberi kesan terhadap persembahan yang bakal ditampilkan oleh pemain.

Mat Zan Mat Aris

Sumber Gambar: SB

Akan tetapi, sekiranya saingan Liga Malaysia disambung setelah Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 14 April ini, maka Piala Malaysia dan Piala FA boleh diteruskan.

“Melihat situasi semasa penularan wabak pandemik itu, ada baiknya saingan dua piala berprestij itu perlu dikorbankan bagi memberi laluan kepada saingan Liga Super dan Liga Perdana sahaja, lagipun liga mungkin akan berakhir pertengahan Oktober.

Pusingan Kedua

Undian penuh pusingan kedua Piala FA 2020. Sumber Gambar: MFL

“Ini bagi membolehkan pemain lebih fokus kepada saingan liga selain tidak memenatkan mereka kerana sudah pasti jadual perlawanan padat jika Piala FA dan Piala Malaysia diteruskan, ditambah pula kontrak mereka berakhir pada November,” kata Mat Zan menurut laporan Berita Harian.

Saingan Piala FA sepatutnya bermula pada 17 Mac lalu namun tidak dapat dilangsungkan setelah FAM menangguhkan semua kejohanan di bawah kelolaan badan induk itu dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bermula 16 Mac susulan penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Transfermarkt: JDT Adalah Kelab ASEAN Yang Memiliki ‘Market Value’ Paling Tinggi Sekitar RM33.46 Juta

“Daripada Satu Sudut, Pemain Mungkin Bimbang Kelab Mencari Alasan Untuk Tidak Membayar Gaji Penuh”

Pemain Selangor Perlu Jaga Berat Badan Jika Tidak Mahu Elaun Dipotong

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group