Penyerang skuad kebangsaan,  Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo berharap semua pasukan dalam Liga Malaysia dapat mencontohi pengurusan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dari segi penjagaan padang, fasiliti dan kebajikan pemain.

Menurut kenyataannya di laman instagram, beliau bercakap berdasarkan pengalamannya bersama kelab Thailand, BG Pathum United dan mahu mentaliti pasukan serta penyokong tempatan berubah demi kemajuan bola sepak negara.

“Malaysia tolonglah, contohi kelab macam JDT. Aku tak perlu nak kipas sesiapa tetapi ini kenyataan semua perlu sedar dan terima hakikat.

“Kalau kelab di Malaysia contohi JDT barulah ada saingan. Bayangkan di Thailand semua macam JDT, semua sama dan setaraf. Pemikiran mereka juga jauh lebih baik. Memang ada kekurangan tetapi ambil yang kelebihan itu jadi panduan kita.

“Padang, fasiliti, pengurusan terbaik dan penyokong amat terbaik. Saya kadang malu dengan mereka sebab terlalu supportive nak maki dalam stadium selepas perlawanan dan keluar stadium macam keluarga hormat satu sama lain,” katanya.

photo_2020-10-13_15-21-11

Tidak dinafikan JDT adalah pasukan yang terbaik di Malaysia ketika ini apabila menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut. Malah, mereka juga merupakan bekas juara AFC Cup 2015 dan kini bertanding dalam saingan AFC Champions League buat kali kedua.

Bagaimanapun, Mat Yo menjelaskan beliau bukan mahu semua pasukan meniru 100% mengenai apa yang terdapat di JDT tetapi mengambil contoh terbaik dan belajar bagaimana JDT membangunkan fasiliti latihan serta menjaga kebajikan para pemain.

“Aku kata contohi maksudnya ambil la mana yang mampu. Bukan aku cakap tiru sebijik. Senang cerita, jangan gaji sangkut, ada padang yang terbaik, fasiliti ini kemudahan yang baik dan boleh diguna pakai.

“Bila semua dah lengkap, tak ada la isu. Penyokong pun positif,” jelasnya.

photo_2020-10-13_15-18-18

Berdasarkan kenyataannya, sudah pasti beliau mahu melihat Liga Malaysia menjadi antara liga terbaik di Asia setanding dengan Liga Thailand, Liga Jepun dan lain-lain.

Mat Yo nyata gembira dapat beraksi buat pertama kali sejak saingan Thai League 1 disambung pada September lalu setelah berehat lebih lima bulan ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Beliau diturunkan pada perlawanan menentang Rayong FC yang menyaksikan BG Pathum berjaya mengutip tiga mata penuh menerusi kemenangan 2-0 hasil dua jaringan pertahanan import, Victor Cardozo.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Nguyen Quang Hai Sasaran Utama Bawa Imej J.League Di Vietnam, Banyak Pasukan Minat Tapi Ada Halangan

Hariss Harun Sertai Coventry City FC?

AFC Keluarkan Jadual Bagi Perlawanan Kumpulan G Dan H Saingan ACL

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group