Penyerang skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo akhirnya membuat penampilan pertamanya bersama skuad BG Pathum United pada perlawanan menentang PT Prachuap dalam kejohanan pra musim, Piala LEO 2020 semalam.

Bagaimanapun, beliau yang dimasukkan pada minit ke 81 bagi menggantikan tempat Chatree Chimtale tidak berjaya menjaringkan sebarang gol ketika pasukannya ketinggalan 0-1 kepada lawan.

Dalam perlawanan itu, Mat Yo dilihat masih cuba menyesuaikan diri dengan corak permainan rakan sepasukan dan jarang mendapat bola. Malah, beliau hampir mendapat kecederaan apabila pemain lawan melakukan terjahan keras sehingga dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Kekalahan 0-1 itu menyaksikan BG Pathum kini telah tersingkir daripada kejohanan tersebut manakala PT Prachuap akan bertemu kelab dari Laos, Lao Toyota di peringkat suku akhir.

T311
FOTO: BGPU

Sebanyak 16 pasukan menyertai kejohanan itu iaitu 12 pasukan daripada Thai League 1 dan 4 pasukan jemputan dari luar negara iaitu juara J-League 4 kali (Cerezo Osaka), kelab dari Singapura (Tampines Rovers), kelab dari Laos (Lao Toyota) serta Phom Penh Crown FC dari Kemboja.

Kesemua pasukan ini akan bertanding dalam format kalah mati dan perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Leo pada 1 Februari 2020. Juara akan membawa pulang 3 juta baht (RM400,980).

Selain BG Pathum United, juara Piala FA Thailand (Port FC) dan beberapa pasukan gergasi seperti Muangthong United, Nakhon Ratchasima, Chainat Hornbill, dan Chiangmai turut menyertai kejohanan tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak asia melalui pautan dibawah.

UAE Sah Naturalisasi Penyerang Dari Argentina, Kini Muncul Penjaring Liga UAE Ke-2 Terbanyak Sepanjang Zaman

Jurulatih Bangkok United Ini Berpendapat Liga Malaysia Tidak Cukup Kompetitif Berbanding Liga Thailand

Keisuke Honda Mahu Tubuhkan Sebuah Kelab Amatur