Penyerang veteran negara, Norshahrul Idlan Talaha hari ini telah mula turun ke padang memulakan sesi latihan pertama beliau bersama kelab baru BG Pathum United.

Dalam kemaskini yang dibuat melalui laman sosial Facebook rasmi kelab itu, Norshahrul Idlan Talaha dilihat memakai jersi bernombor 99 kelab dari Pathumthani tersebut dan membayangkan itu adalah nombor jersi rasmi beliau untuk musim ini.

Selain dari itu, dapat diperhatikan juga, Norshahrul Idlan Talaha berada dalam keadaan yang ceria pada hari pertama latihan bersama rakan sepasukan yang baru dan diharapkan semoga beliau tidak menghadapi banyak masalah sepanjang beraksi dengan BG Pathum United musim 2020 ini.

0B2B1E9C-00B8-42D0-B193-234BFEAF61C1

Kelab BG Pathum United yang baru sahaja muncul sebagai juara saingan M-150 Championship yang juga saingan divisyen 2 liga bola sepak profesional Thailand, musim ini jelas tidak mahu sekadar menjadi pelengkap jadual saingan Toyota Thai League 1 apabila mengambil ramai pemain-pemain baru untuk memperkuatkan pasukan.

Ini termasuk juga dengan memanggil pulang pemain tengah hebat mereka yang pada musim lalu beraksi secara pinjaman bersama kelab Oita Trinita dalam saingan J1 League.

34365B95-0F87-44A9-9DBF-D28CEE53C26B

Walaupun kelab yang berpangkalan di Oita itu mahu mengekalkan Thitiphan Puangchan 1 musim lagi secara pinjaman, CEO BG Pathum United menolak tawaran tersebut melainkan mereka mahu membeli pemain itu dengan kontrak penuh.

Kehadiran Norshahrul Idlan Talaha bersama BG Pathum United tidak dilihat sebagai satu alat pemasaran kerana itu adalah sasaran utama, bukan beliau yang akan dibawa ke Thailand.

Namun, apa yang positifnya adalah kita dapat melihat ramai penyokong-penyokong bola sepak Malaysia yang terus memberikan kata-kata semangat untuk Mat Yo mempamerkan aksi terpuji dalam sebuah liga yang tidak diragui yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Umpanan Padu Bekas Pemain Oita Trinita Ini Bakal Dinikmati Norshahrul Idlan Talaha Di BG Pathum United

Barisan Pemain Import BG Pathum United Bagi Saingan Thai League 1 Musim 2020

Akibat Gagal Melunaskan Gaji Pemain, Kelab Thailand Ini Terpaksa Turun Ke Divisyen Paling Bawah Saingan Thai League.